sunshine in the mornig..eh afternoon

Semalam saya tak tidur selama 24 jam. Memang drive dari Shah Alam balik Melaka da miong da. Sebabkan da sengal sengal masa tuh, saya suruh jugak Lea drive. Takut takut kewarasan saya hilang lak. :D

So, sampai rumah around 9.30 pm and makan la untuk berbuka puasa. Ohh, masa tuh da letih sangat da. Pergi dapur tengok pinggan bersepah. Mesti Mak saya tinggalkan before pergi masjid tadi. So, siap-siap basuh pinggan and terus naik atas tengok drama kat TV3. Elok je masa tuh Mak, Ayah, Induk dengan Kakak da balik dari masjid.

Mula-mula penat jugak. Da memang plan nak tidur pon. Tapi macam best lak borak-borak ngan Induk and Mak semua. Cerita pasal bella, pasal shopping and such. Ohh, dapat satu shawl baru jugak. So, masa tuh tahan je mata untuk tidur.

Abes je cerekarama kat TV3 tuh, terus saya masuk bilik. Da tak tahan da mata masa tuh. Straight masuk tidur. Anddd the result hari nih bangun 1.45 pm! HAHA.

Pakej tau : lepas mandi terus sembahyang Zohor. Nasib takde orang kat rumah. :P If tak, takde maknanya saya nak bangun lambat-lambat. :)

Suka betul tidur da diganti. ;p Selamat berpuasa!


With love,
f

You Might Also Like

2 COMMENTS