Ayah saya.. :)

Semalam masjid berhampiran rumah saya ada buat Qiamulail. So, my mom decided nak pergi. Andd she seems so anxious nak buat Qiamulalil tuh malam tadi. So, later that evening, while we were preparing ourselves juadah berbuka puasa, Mak saya tanya Ayah saya.


"You taknak pergi kan pagi nih?" dengan muka sengih-sengih excited Mak saya bertanya.

"Ehhh, kenapa lak tak pergi. Pergi laa." jawab Ayah saya nak defend kan diri.

"Takde laa. Selalu you macam malas je."

"I pergi malam nih. Muka yakin gila. Ada lak nak masuk syurga sorang-sorang."

Straight saya yang tengah lembik tunggu masa nak berbuka puasa terus pandang Ayah saya. HAHAHA. Selamba je nak bagi ayat kasar kat Mak saya. Time tuh Mak saya pandang sambil cakap, "Huhhh" terus pergi dapur. :)

..............................................

Malam nih saya tengah sibuk chatting kat Facebook sambil bercakap telefon dengan Lea. So, lepas da habis cakap telefon semua, turun bawah and cari kuih raya yang nak bungkus kan untuk kawan baik saya, Ayuzie. Terasa rindu lak dengan dia, so I have prepared something for her instead of kuih raya tuh la. :D

Masa nak naik atas tuh, Ayah saya tengah elok tengok CSI. Saya bukak satu balang kuih cornflakes and nak try la rasa kuih tuh.

"Ishhh, tak sedap la kuih ni."

Ayah saya pandang saya, "Ehh, tak sedap ke? Tuh kuih aku beli tuh."

"HAHA. Sejak bila la Ayah pandai beli kuih raya nih?"

"Alaaa, orang jual. Tengok semua orang beli, aku beli la satu." sambil tangan ambil satu biskut cornflakes tuh. Lepas je rasa terus komen, "Takde la tak sedap mana pon. Ok lah nih. Just nice" HEHEHE. :)

Mak saya gelak je tengok kiteorang bergaduh-gaduh sambil makan biskut cornflakes yang saya cakap tak sedap tuh. (Padahal banyak jugak aku makan. HAHA). And then Mak saya tanya saya,

"Apa yang kau kemas kan rumah nih Aliaa?"

Ayah saya straight jawab, "Mana ade dia kemas rumah. Satu hari asyik cakap telefon je. Kalau tak marah, takde la nak gerak."

"Ehhh, cantik sikit. Banyak la adik buat. Kushion, tengah rumah, bilik tengah, dapur. Masa cakap telefon tuh lepas da siap kerja."

"Elehhh, iye je tuh.." Huh, nampak sangat nada orang dengki.

So, YES. Kalau kat rumah saya, memang Ayah saya la jadi bestfriend saya. Tah apa-apa je saya boleh cakap kan dengan Ayah saya. Pernah sekali tuh saya tanya Ayah saya,

"Ayah, meh adik tanya Ayah okay? Nih macam perumpaan tau. Kita kalau takleh cakap straight kita guna ayat kias-kias. Ayah ada 3 slices kek. And kawan-kawan ayah pon akan bagi Ayah 3 slices kek jugak. Tapi adik ada 2 slices kek. However adik try nak bagi Ayah lebih pon, mesti tak boleh la kan, sebab adik ada 2 slices kek? So, apa yang Ayah faham pasal adik in reality world?"

Nak tahu Ayah saya jawab ape?




"Kenapa kau gunakan perumpaan kek? Kenapa tak benda lain?"


Langsung tak menjawab soalan okay? HAHAHAHA. :))


Selamat berpuasa. :D


With love,
f

You Might Also Like

0 COMMENTS