puasa di sekolah

Duduk sorang sorang kat rumah nih, teringat pulak zaman berbuka puasa kat sekolah dulu. Huish, zaman tuh sungguh best sebab macam boleh buat apa je yang kita suka kan? :)

Sebab kan saya nih seorang yang sangat malas nak bangun tidur, so part sahur tuh ever since sekolah memang la selalu di skip kan. Tapiii bila balik rumah kau jangan harap la kan. Mesti kena kerah juga nak bangun sahur. Bak kata Ayah saya, dosa da la banyak. Orang suh buat benda sunat pon payah lagi. HAHA. ;)

Kalau nak sahur masa kat sekolah tuh, mesti bangun pagi and kadang kadang buat maggi. Kalau tak pon, suruh la sape sape pergi beli makanan kat kantin or ambil kan kat dewan makan. (Pemalas kan? Hehe). Satu yang best masa puasa kat sekolah, kiteorang akan ada turn untuk pergi bazar Ramadhan kat Taman Cempaka, betul betul depan Melaka Sentral. Huish, orang yang datang tuh tak payah cakap la. Asek penuhhh je. So, sebab kan malas kan, saya dan rakan-rakan memang selalu kerahkan adik adik junior untuk TOLONG belikan makanan. :P Terasa sekarang nih bila fikir-fikir balik, baru teringat, "Eh, bulan puasa pon nak buli kanak-kanak lagi." HEHE. :)

Kat MOZAC dulu, selalu terawih akan buat kat 2 tempat : kat tempat assembly (bentang tikar banyak-banyak) or lagi satu tempat kat Dewan Besar. Anddd selalu nya memang jarang la pergi terawih penuh kan. Hehe. Mula-mula Ramadhan tuh memang semangat je nak pergi terawih, da last-last tuh memang duduk dalam dorm la kan. Even terawih tuh macam lebih kurang KENA pergi jugak, so assume je la kiteorang nih period. (Padahal masa siang tuh puasa. Hehe. ;p)

Da tak pergi sembahyang terawih tuh, selalu nya duduk je la kat dorm C (port yang selalu lepak) untuk main kad. Ramadhan pon boleh lagi main kad eh? Mungkin sebab tuh la saya da ada cita-cita nak jadi Professional Poker Player. Dari kecil lagi da didedahkan dengan gambling nih semua. HAHA. Sangat bagus la kan. Kalau duduk Dorm C tuh, suruh la mana-mana adik-adik coverkan kiteorang kot-kot ada la prefect yang datang dorm tuh.

Masa da nak dekat-dekat raya nih, selalu la semua orang dapat kad raya dari adik, akak atau abang angkat masing-masing kan. Memang old school sungguh masa tuh. Sape-sape yang da bawak handset masa tuh, boleh la hantar-hantar message kan? Ohh, terasa sungguh kelakar masa tuh. Hari-hari sebelum tunggu azan Maghrib kat sekolah, semua orang nak melepak kat kantin konon-konon nak beli air. Padahal, nak cuci mata tengok lelaki yang handsome je kan? (Walaupun as the fact bila da besar nih, semua orang tak handsome sebenarnya. HAHA)

Memang best la kalau dapat putar balik masa nak berpuasa kat sekolah. Makan kat dewan makan ramai-ramai, berebut-rebut nak naik bas pergi bazaar Ramadhan, main sorok-sorok tak pergi terawih. Ohhh, such a good memory untuk kenang balik. Tapii walau macamane pon, BERBUKA KAT RUMAH TETAP BENDA YANG PALING TERBAIK DALAM DUNIA! HAHA. :)

Ohh, baru pukul 2 petang. Takkan da nak tidur kan? Nak tengok CD yang Lea dengan Cuda beli semalam. Sanggup keluar kul 12.00 malam nak pergi beli CD. Extreme sungguh kawan-kawan aku. HAHA.

Anyway;
sila la manfaat kan kita punya Ramadhan nih dengan sebaik-baik mungkin. If selama nih rasa perangai terjal semacam je, boleh la start nak berubah sekarang. Jangan benci mebenci each other, live your life with your family, your friend or even your love ones in a happy way. One thing that I learned recently, it is not about you all the time. It is about how you can handle the life that you chose in a perfectly-great-and-good manner. Maybe this is the last time you are going to celebrate your Ramadhan with people surrounds you, your family, friends and someone special to you. So, appreciate what you have when you still have time. :)

Have a nice day everybody! Selamat meneruskan ibadah puasa ok? :)


With love,
f

You Might Also Like

4 COMMENTS