kenapa kena kemas rumah?

Ohh, hari nih bangun agak lewat. Memang lewat. :P Dalam pukul 11 pagi baru bangun and sedar-sedar je saya da terkejut da. Plan nya hari nih konon-konon nak kemas rumah la, vacuum serambi la, bukak langsir la. Tapi bila da bangun lambat saya baru siapkan satu kerja, SIDAI BAJU. :P Da petang sikit kemas kemas dapur. Tapiiii saya da start sakit kepala masa tuh.

Duduk kat rumah kampung, memang banyak la kerja bila tiba nak hari raya nih kan. Mak saya pulak kerja. Bila nya ada masa nak kemas rumah. And biasa lah kan, seorang emak. Kalau da nak dekat raya nih, bukan main furious lagi kalau banyak benda tak kemas and prepare. Nak nak rumah nih besar. Huish, lagi la susah hati.

AND;
part yang TAK BEST adalah sekarang nih the fact yang Kak Long da berkahwin and tooo busy dengan her studies and uruskan Queen semua. Tak sempat nak balik kampung untuk kemaskan rumah macam dia buat dulu-dulu. Kakak pulak sekarang nih da kerja kat Perak and boleh balik on 8hb ok! Rasa macam nak cakap je dengan dia tak payah buat-buat rajin buat replacement classes untuk students die. HAHA. Macam la budak budak tuh rajin nak datang kelas. (Ke aku sorang je malas? Hehehe.) So, nampak tak kesimpulan yang saya boleh buat sekarang? Maknanya start tahun ni SAYA KENA KEMAS RUMAH SORANG SORANG. *sob sob*


Tadi baru bukak sarung kusyen kat serambi untuk basuh.


Lepas tuh, golek golek kan je kusyen kat atas lantai. :D


Normally, masa raya serambi lah tempat yang penting. Kalau kawan-kawan Ayah dan Mak saya datang, mesti suruh pergi situ. And if at the same time ramai orang jugak datang, baru lah bahagi kan tempat. Sikit pergi dapur, sikit lagi pergi tengah rumah atau depan TV. Kawan-kawan saya? Hehe. Memang jarang ada sebab saya tak suka sangat kawan-kawan datang rumah. HAHA! Nanti kena hidang air bagai, ohh dan saya bukanlah rajin. :D If nak datang it's fine with me, tapi biasanya sebabkan kawan-kawan saya da tahu perangai malas saya, dieorang datang sekali ramai2. Jadi, takde lah kena hidang air bagai tuh banyak kali. Settle kerja kan? Ngeee! :D

Sekarang nih kat serambi tuh tempat Ayah saya berhibernasi saya rasa. Hehe. Selalunya, if Ayah saya nak do all his works and reading part, mesti duduk kat situ. Sembahyang ke hape ke, semua kat situ lah. That's why kalau nak cari Ayah saya senang je dalam rumah nih, mesti Ayah saya ada kat sini. Setiap kali nak raya, setiap kali tuh la tempat Ayah saya kena kemaskan. TAPI barang-barang beliau sila jangan hilangkan. Kalau tak, memang kau kena masuk dalam reban la jawabnya. Murka kang. :D So, sekarang nih saya tak plan lagi nak kemas serambi. Tengok lah lagi seminggu nak raya baru saya kemaskan. Yelah. Next week kan da start cuti balik. ;)


So far keadaan nih saya biarkan je. Bagi chance sampai 4hb so saya buat operasi. ;p


Mak dan Ayah saya memang tak suka tengok saya kemas rumah. Kalau saya kemas rumah banyak je barang saya nak buang katanya. Memang banyak pon khazanah da tak pakai dalam rumah nih. So, dari simpan and tah kurun bila takkan guna lagi, better la saya buangkan. Tapi kali nih Ayah saya da ajak nak kemas rumah sama-sama.

Ayah : Bila kau nak kemas rumah nih dik?

Me : Tunggu adik balik next week la. Dari hari Sabtu tuh terus adik kemas rumah. Kemas awal-awal macam sekarang, berhabuk jugak nanti.

Ayah : Ohh, kau kemas dengan Ayah la next week. Kita buat operasi sama-sama. Ayah da start cuti da masa tuh. Kalau kau kemas sorang sorang semua benda kau nak buang.

HEHE. Bagus ada cleaning partner macam nih. Boleh bekerjasama. :) Rumah saya ada 5 bilik. Termasuk bilik Big Mama sekali. Selalunya masing-masing kemas bilik masing-masing. Kecuali Abang Ngah & Big Mama. Bilik Abang Ngah tak kemas lagi. Nanti dieorang balik from Sarawak ada gak yang kena tidur kat reban ayam kalau bilik tak kemas. Bilik Kak Long tak payah kot. Macam tak pernah pernah bukak pon bilik tuh. Huhu. Ohhh bilik saya? Always kemas ok. :)

Da nak dekat pukul 4 petang tuh saya da sakit kepala sangat sangat da. Terus makan panadol and tidur sampai nak masuk waktu berbuka. Mak saya da siap masak pon masa tuh. Baru je berkira-kira nak belajar masak asam pedas Melaka. Terlepas peluang lagi la nak belajar. (Alasan. HEHE)

OHH, Ayah saya da panggil untuk terawih. Compulsary okay. Haha. Orang nak ajak buat pahala pon malas kan? Ish ish ish. ;p


Selamat menunaikan ibadah puasa! :D


With love,
f

You Might Also Like

2 COMMENTS