kata busy, tapi kenapa tulis blog nih lagi??

Serius busy this week. Huish. Da rasa da bahang final year tuh. masa dalam kelas environment tadi, tengah tengah tunggu Allim set up kan PC kat kelas tuh, saya conteng conteng kat notebook saya what will happen dalam minggu nih.

Isnin : Siapkan lab report
Selasa : Presentation lab
Rabu : Test Lab & Technical Talk
Khamis : Submit assignment Law
Jumaat : Trip to Putrajaya (BORINGGG. Tengok court wehh. Kau nak tengok??)
Sabtu : Test Society.

Huish, da habis conteng conteng, saya pass notebook saya kat Sal.

"Nah, u amek nih."

"Ehh, kenapa u bagi i buku nih?"

"Salin tuh. ORGANIZER. Haha."

"Ohh, bagus bagus. Lain macam la u sekarang. Rajin."


Haish, well, jangan la puji sangat. HAHA. Kang terus jadi pemalas tahap batu lak aku nih. :)

Anyway;
Sepatutnya saya tengah buat lab report sekarang nih. Tapi, lepas mandi tadi bukan main hayun lagi dengan internet nih. Konon konon nak cari bahan la untuk lab report. Haram. Sikit pon takde. Huhu. :)

So, sekarang nih saya kena lah siapkan kerja saya nih. Ohh, tadi saya da membuatkan seorang abang motor terjatuh sebabkan lose balance. :D

Cerita nya macam nih. (Ok, da nampak da lab report hold buat jap lagi. Haha) Saya baru balik berbuka puasa di Subang. So, lepas Maghrib balik Shah Alam semula and masa tuh cuaca hujan agak lebat la. Da la saya nih tak pakai spec masa tuh. Masa nak masuk ke junction kat rumah saya nih, saya terleka la kejap tengok budak-budak kecik main hujan tepi jalan tuh. Alih-alih kereta depan break, haaa, amek kau. Aku pon break emergency la kan. Datang lak motor nih tah dari belakang tuh, hilang balance and terjatuh la terlanggar sikit divider tepi jalan tuh.

Huish, cuak jugak saya masa tuh. Tapi bukan lah salah saya totally kan? (Nampak tak gaya nak create alasan. HEHE) Tahan jugak la telinga saya nih nak dengar brader tuh bebel tah mende tah. Huish, time hujan kan. Tolong la brader tuh angkat barang dia sikit sikit, mintak maaf lebih kurang sikit, and terus blahhh.

Balik rumah, cakap telefon lebih kurang (HAHA!) terus masuk mandi. So, sekarang gua da semangat da nak buat report. :D

Mari teruskan ibadah puasa! :)


With love,
f

You Might Also Like

0 COMMENTS