Sikit pon tak sayang!

Masa tuh tengah sedih. Sok sek sok sek sorang sorang dalam rumah ni. Ambil fon and terus telefon rumah.

Me : Mak, buat ape?
Mak : Takde buat ape pon. Tengah kemas almari nih. Ko da makan?
Me : Ha? Da makan da. (Bohong ok! Bohong)
Mak : Ni kenapa suara lain nih.
Me : Maakkkk...homesick. *sok sek sok sek*
Mak : Haish, dia nih. Ni yang nak naik hangin nih. Kau baru balik last week da nak homesick apa minggu nih? Macam budak budak nak homesick. Dari petang tadi asek homesick. Jangan nak ngada ngada la Aliaa.
Me : Boleh eh? Boleh? Ada ke orang tengah sedih homesick tiba-tiba kena marah? Mak nih langsung tak penyayang! Huhuhu.
Mak : Ahhh, kau yang mengada sangat.


Boleh ehhhh? Bolehhh? Potong betul rasa sedih bila kena marah sebab homesick. Perghhh, sahih sangat da nih Mak aku da tak sayang aku. Huhu.

Internet nih pon satu. Ada jugak yang aku pergi sepak laju laju kalau dia bernyawa nih kang. Orang da la stress je duduk rumah nih, boleh pulak susah nak connect. Da dekat 3 jam try baru boleh. Grrr. Semua nih bikin panas jugak la nih. (Emo tak pasal-pasal)

Ehhh, tiba-tiba lapar. Padan muka. Ada 12 jam dari tadi untuk makan, tapi tak makan-makan. Tahniah. Da pukul 1 pagi nih baru lapar lak. Cari pasal. Huh. Tadi gatal je nak cakap kat Mak petang tadi jatuh. Kepala benjol pon masih terasa. Sedih. Tapi, fikir fikir balik tak perlu la kot. Gedik sangat da tuh. Demam sikit. HAHA. ;)

Mak, nanti jangan telefon adik cakap rindu tau! Merajuk! Hehehe. ;)


With love,
F

You Might Also Like

1 COMMENTS