BROGA Hill

Saya...saya...baru bangun tidur. Yes. Tidur pukul 12.30 pm and bangun pukul dalam pukul 5.30 pm. Da macam tidur malam kan? ;)

Hey, gua panjat bukit ok pagi tadi. Memang la penat macam haram. :)

Plan nak naik Broga Hill dibuat secara tiba-tiba lepas kelas Dr. Yasmin on Friday. Tiba-tiba semua confirm je nak pergi. Anddd saya pon terus NAAAKKK!! Excited la kan. Da dalam kepala saya, saya mendaki bukit yang RENDAH je sambil menaiki TANGGA dan mengambil gambar sunrise banyak-banyak. Cantik kan?

*ok. itu semua angan-angan*

Cadangnya nak gerak dari Shah Alam pukul 4 pagi. Tapiii, since malam tuh saya da malas nak pergi naik Broga Hill tuh, saya message Din and cakap malas nak pergi. Terus dia call and konon-konon pujuk ar suruh pergi jugak. Saya pon terus silentkan handset and dengan penuh fokus nya siapkan report saya. (I have the abiity to divert kan my mind on something else dengan lama bila saya stress. ;p)

Andd around 1.30 a.m kot saya terus masuk tidur. Masa tuh da memang set da dalam otak saya tak pergi ikut dieorang. Tah macamane saya sedar tah, dalam pukul 4 a.m Pijan call saya pujuk ajak pergi jugak. Sebabkan saya memang da taknak pergi, dieorang pon ok la. Tapi, ayat yang tak bestnye keluar, "Takpe la. Kite pergi next week je la. Allim je nih tengah study nak amek gambar."

I was like OMG. Kenapa la kalau aku tak pergi korang tak pergi kan? Saya da rasa guilty sangat da sebabkan SEMUA orang da semangat nak join. And then Din ngan Sopi lak call kan. Buat ayat sedih semua. Tah macamana tah saya tak sampai hati dengar suara Sopi buat ayat sedih, terus say yes kat die. Sopi siap suara, "Serius nak pergi? Ok. Ok."

*terasa saya disayangi oleh semua orang. wakakakakaka*

Andd dalam pukul 4.45 am tuh kot baru gerak dari Shah Alam. Pergi dengan 3 kereta, mine, Pijan and also si Pengerusi, Allim. Sampai Semenyih siap dieorang stop solat Subuh dulu tau. Saya rasa sangat diberkati la perjalanan tuh. Hehe. :)

Ok. Saya cerita perjalanan naik ke Broga Hill sekejap lagi. Nak buat cover page report kejap. Hehe. ;)

-to be continued-

You Might Also Like

1 COMMENTS