Broga Hill 2

Ok. Sambung cerita saya semalam.

Masa sampai sana elok je dengar azan Subuh. Huish, kalau tak sembahyang ada jugak yang jatuh bukit tuh kang. Haha. So, semua orang pergi la cari surau dekat residences area yang berdekatan. Da habis solat semua, dalam pukul 7 pagi start la hiking.

Ok. To be honest, mula-mula saya rasa macam senang je nak naik bukit tuh. Sekali bila start hiking tuh, macam nak tercabut jantung eh? Macam nak mampus naik atas tuh. Serius wehhh. PENAT gila. Susah nak gambarkan feeling tuh. Da la bukit tuh macam steep je. Saya terbayang kalau la saya jatuh, memang macam semut je nampak saya kat bawah tuh. Tapi, takpe. At least nampak la aku nih kurus sikit kan? Haha. ;)

Tapi, bila saya naik atas tuh, ada aunty tuh lagi gemuk 3 kali ganda dari saya. Maintain gila naik. Perghh. Memang salute la kat aunty tuh. Steady kan aunty tuh? Rasa macam nak mintak tips macamane begitu macho memanjat Broga Hill tuh. Hehe. ;)



Da sampai atas tuh, rasa macam indahnya dunia okkkk. Saya harus kembali kurus di zaman saya kecewa dulu. Huish, time tuh banyak betul berat badan turun. Happy sangat agaknya saya sekarang nih. Bukan main sihat lagi. Cuakkk je kalau kalau baju da tak muat ke. Nervous tau. Hehe. ;)

Kat atas tuh ramai gila orang. Broga Hill saya rasa ada 3 puncak. Saya naik sampai puncak yang first tuh je. Nak suruh aku panjat sampai atas lagi memang tak dapat la. Ada jugak aku mampus tengah tengah jalan tuh kang. Da la rasa macam nak pitam masa naik tuh. Saya da terfikir da kalau kalau saya terkena cardiac arrest kat atas tuh, celah mana la ambulans nak naik kan? Haha.





Turun dari Broga Hill tuh entah pukul berapa pon saya tak sure. Sebabkan da lapar sangat and semua orang mahu breakfast di kedai Melayu alang-alang da luar dari Shah Alam, so saya pon bawak la mereka nih breakfast di Bangi. Kredit tuh Chichi sebab bagi saya direction ke sana. :)

Sampai Shah Alam dalam pukul 12 tengahari. Lepas mandi, straight masuk tidur. Tuh yang bangun sampai petang tuh. Hehe. Nasib la saya sempat siapkan report industrial training saya. Saya pon da semak da nak hold kan benda tuh lama lama. So, saya settlekan la cepat-cepat report tuh.

Kalau Kamal ada mesti lagi best. Huhu. (ayat ambil hati. ;p) Mula-mula da macam berminat nak pergi da, tapi sebabkan report industrial training dia baaaaanyak lagi tak siap, so die duduk diam-diam je la kat Shah Alam. :(


Nak naik Broga Hill lagi? Errr, nanti saya fikir lagi. Hehe. Buat masa sekarang tak kot. Bagi recharge habis habisan dulu tenaga saya nih. ;)

Have a nice day rakan-rakan! :)


With love,
F

You Might Also Like

4 COMMENTS