Saat-saat terakhir berpraktikal. Ouch!

HEHE! Gedik kan title tuh? Biar la. Selalu elegan je kan (elegan ke? haha) so hari nih saat-saat kita bersastera sikit ok? :D

Ohhh, hari ni saya ke ofis lambat sebab overslept. Mata ni macam berat je nak bukak. Bukan saya je yang lambat, dengan Big Mama pon bangun lambat. Kalau saya tak tidur Subang, sahih la beliau tak pergi kerja. Huh. Bangun-bangun pagi nih da pukul 7.30 am. Aiyaaa! Siap packing barang semua sebab cadangnya saya nak tidur Shah Alam malam nih and on Friday saya nak pulang ke Melaka. Sampai ofis hari nih pukul 8.35 am. Yeahh! Memang aim saya nak buat perangai saat-saat last. :)

Masuk je ofis....TADAAAA! Ada potluck parteyyyhh. Ohh, inikah party yang Abg Fajrul terkantoi kan kepada saya semalam? Sukaa wehhh. Memang baanyakk gila makanan! Pagi kan? Harus lah lapar. Ada nasi lemak, macaroni, sandwich, truffle, nuggets, sausages, kuih muih. Rajin betul dieorang masak. Huish. Terharu. :')

Makan dengan penuh beriya. Nasi lemak En. Lan bawak tuh memang awesome. Dari Hulu Langat katanya. Hulu Langat banyak makanan best ek? Hehe. Macaroni Puan As bawak pon best. Truffle Kak Umi lagii. Sandwich Kak Linda. Kuih Kak Mizaa.. Ehhh. Semua sekali la sedap. Nyum, nyum.

*excuse me for my excited-ness mode. NGAHAHAHA!*

Kejap je da nak sampai 2nd July. Waaa! So far kat sini banyakkk la benda yang saya belajar kat sini. Dari tau nadaa pasal slopes sekarang saya da minat tau! Working with these kakak and abang pon best. Time borak memang semua type beriya gila bercerita and I have fun la with them. Ohh, helpful juga. Semua la. (saya bukan puji lepas saya diraikan ye? memang saya nak puji pun)

I have prepared souvenir for them. Dari last week da beli tau. Arituh pergi jalan Jusco Bukit Raja dengan Kamal and belikan la dieorang mug. Semua dapat colour yang sama ye. So, jangan nak kecil hati tak dapat colour yang best. :)


Sebab kan makanan baaaanyak sangat so dieorang pon jemput la orang department sebelah untuk makan sekali. Ohh, Big Mama pon saya bagi. Bagi truffle, macaroni, sandwich and kuih Kak Miza. (i've forgot the kuih name la. hehe)

Meh saya bagi gamba working station saya kat sini. Hehe. Bersepah sikit la sebab nih gamba semalam masa saya tengah serabut nak buat report. Semua dokumen saya minta Kak Miza keluarkan. Da last minute nak buat, memang la padan muka kan?


Enjoy your day peeps! Mine? So far so good. And I hope today is a good day to me. :D



With love,
F

You Might Also Like

2 COMMENTS