Pesal tah aku nih..

Ini entry lain dari biasa. ;)

--------------------------

Pesal tah aku nih. Sejak semalam asek emo je. Takde benda pon boleh jadi emo, nak emo jugak. So, bila da emo, jadi la stress. Bila da stress gastrik pon datang la. Padahal doktor da pesan da,

"Keep yourself away from stress ok Aliaa?"

Sikit pon tak dengar cakap doctor. Ape ke sengal aku nih.

Aku rasa aku ni banyak sangat fikir la. Padahal benda-benda yang aku fikir tuh semua benda yang absurd. Bukan-bukan je aku fikir. Fikir pasal next semester la, fikir pasal apa aku nak buat la, fikir pasal orang taknak layan aku la. Tah apa-apa aku fikir. Pastuh asek rasa macam nak menangis je. Banyak sangat airmata aku nih. Mata kiri nih tak henti-henti gerak. Memang la tak baik kalau nak percaya. Tapi memang kebetulan setiap kali gerak-gerak, aku menangis. So, I can't help myself untuk tak percaya setiap kali mata kiri aku gerak-gerak aku TAK CONFIRM menangis. Haih.

Nak kata period, baru semalam aku sembahyang balik lepas vacation from period. Haih. Jiwa tak tenang la.

Sejak minggu lepas, asek mimpi budak perempuan yang duk menyanyi tu je. Scary wehh. Pakai baju hitam, rambut panjang sampai kaki sambil humming lagu. Muka dia pucat je. Sengih-sengih kat aku. Pastuh orang lain seperti Lea tak nampak except me. Huhu. Ohh, dalam situasi tuh ada saya & Lea ok? Masuk malam tadi da 3 kali da mimpi budak perempuan tuh. Hari tuh cerita kat Kamal die boleh pulak cakap die dengar radio, if orang tuh mimpi budak-budak, maksudnya ada benda tak elok. Pastuh suruh aku jangan fikir bukan-bukan. HAAA! Kau tengok?!! Mana la aku tak fikir benda bukan-bukan. Tapiiii adakah benda tak elok tuh akan haunting Lea jugak? :D

Haih, nampak tak fikiran aku macam serabut?

Isk, lepas tuh da stress sendiri malam tadi, gastrik datang bukan main pedih lagi. Then pergi la Alam Medic tengah malam buta tuh. Time tuh da macam menonggeng je tunggu Kamal datang. Pedih gila. Nak makan pon da takde mood da even aku tahu aku kena makan because of gastrik nih. Pukul 11 lebih baru gelupur nak cari klinik.Sebelum tuh kecohhh cakap orang taknak bawakkan. Aku nih tak penting la, apa la. Orang da nak bawak, aku taknak pergi lak. Nampak tak aku macam gelabah gila sejak akhir-akhir nih?? Tah apa tah yang aku fikir. Rasa macam nak tumbuk diri sendiri, but I can't fight with the feeling yang sayu tuhhh. Ke aku nih da buang tebiat? Huhu. If aku mati la 2,3 hari, minta maaf eh?

Tengok! Nampak tak aku fikir cmane?

Cari ubat yang doctor kat Putra Specialist bagi takde pulak. So, tanya la Rose ubat apa untuk gastrik yang boleh beli. Dia cadangkan Buskopan. Adoi. Ubat nih biasanya tak berapa nak bertahan dengan perut aku yang besar dan tak kuat nih. Tapi, beli je la sebabkan itu je yang paling murah and available. Kamal ajak pergi Darul Ehsan MC, tapi terpaksa refused sebab aku malas nak jumpa doctor. And the medicine I've been taken quite expensive some more. Mana nak cari duit?? Cuba cakap.

Pukul 6.45 pagi tadi, Ayah called tanya perut da ok ke belum. Kesian Ayah dengan Mak. Mesti risau. Pastuh tanya kenapa tak pergi Darul Ehsan MC malam tadi. Ehhh, banyak pulak duit dalam ATM tuh nak pergi DEMC tuh. Sekali pergi DEMC tuh mahu nya makan RM60 - RM70. Pastuh buat-buat lupa kredit kad sudah pun mereka tarik balik. Tapi bagus jugak. Disebabkan keadaan ni dapat kredit kad baru in case of EMERGENCY macam malam tadi. :D :D Takde la aku muka macam berkira-kira je nak pinjam duit Kamal. Da la kena bawak pegi klinik, lagi nak pinjam duit mamat tuh some more. Memang menyusahkan dia je.

Tengok, aku da ade negatif thought lagi.

Seriously otak aku macam mengalami trash congestion. Banyak sangat sampah-sampah dalam fikiran aku nih aku tak buang lagi. Kena buang semua benda before masuk stadi. Kalau tak, mula la aku start perangai gila aku balik macam dulu. Sebab kan fikir banyak-banyak benda, tiba-tiba jadi lost. APEKAH? Pastuh buat benda-benda bangang. Hish, taknak la hidup dalam zaman gelap tuh. Malam-malam buta merayau merayap. Kat kelas tah apa-apa belajar pon tak tahu. Pastuh macam buat benda yang out of control. Seriously aku taubat taknak rasa hidup tuh lagi.

Haish. Need some supports in here. Seriously.

Nak Mak & Ayah sekarang. (So that boleh marah-marah jangan fikir bukan-bukan)
Nak C-11. (Boleh buat sisters' hugging seperti biasa. huh, rindu wehh kat korang. nasib ada Mok)

Nak Kamal. (tak payahhh. ada da kat sebelah. kesian dia kena deal dengan aku)
Nak Din. (boleh layan saya punya craps. huhu. twin! twin!)
Nak Anis. (dia je yang boleh tengking2 dan maki aku di bumi nyata. Anis yang paling faham perangai aku sebab she spent 3 years layan aku, tidur, makan sume. pasangan bahagia katakan)
Nak Han, Ira, Sal. (penghibur hati)
Nak Amir, Bent. (clown upahan aku.)

See, I was surrounded by these people. Sepatutnya aku happy. Tah kenapa tah kenapa macam sayu je sekarang. Haih.

The family and friends were AMAZING! Thank you! Danke! Merci!

Off mode.

-----------------------------

Thank you for reading all my craps for today ye kawan-kawan. Farah Aliaa a.k.a administrator di blog ini akan kembali semual. Stay tuneeee!


With love,
F

You Might Also Like

3 COMMENTS