Jom tazkirah kejap. Hehe.

Ok. Tak pernah saya tulis e-mail yang saya dapat kat blog saya nih. Wahh. Sejak zaman pekerjaan nih, banyak pulak e-mail nasihat saya dapat. Hehe.

So, meh saya share kat semua orang! (Takde idea nak post kan apa sebenarnya. ;D)

Bro, Aliaa post kat blog!

1. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

- isk, first sekali baca nih saya da insaf. Saya selalu susah hati dengan benda tak penting. If benda tak penting, takpe la kan nak susah kan hati. Nih tak. Asal lambat sikit nak pergi shopping da susah hati. Tak patut!

2. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

- hehe. Saya selalu lewatkan sembahyang Isyak. Sebelum tidur baru nak sembahyang. Saya pon tak tau kenapa saya memang macam tuh dalam bab sembahyang Isyak. Jarang betul saya nak solat bila masuk waktu.

3. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

- damn. Yang nih saya selalu buat kot! Isk, susah nak buang habit nih wehh. 6.30 pagi bangun Subuh, pastuh tidur balik sampai 7.30 pagi. Memang teruk la kan. Patut la selalu takde duit. Haha. ;)

4. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- err. So far InsyaAllah saya ingat yang ini. Alhamdulillah. :)

5. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- ha. Amek kau Farah Aliaa. Fikir keluar rumah nak pergi tengok wayang tuh niat baik??? Tukar niat!

6. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- err. Tengok pokok? Saya nih suka tengok lampu ye bangg. Camane tuh? Kira boleh tak hati tuh terang. (Jangan gelakkan saya yang jakun dengan lampu ni ye? ;p)

7. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- *Ish, takut*

8. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

- haha. Macam tahu tahu je. Hey hey! Saya tak ego tau dengan Mak Ayah saya. Cuma kalau nak minta maaf balik bukan main blushing muka aku. Segan wehhh. If dengan orang, if saya rasa saya salah, saya memang minta maaf. If saya rasa tak salah, saya tak minta maaf. (boleh ke cmtuh? haha)

9. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

- insyaAllah saya ingat yang ni. :)

10. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

- insyaAllah saya ingat yang ni jugak. :)

11. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

- tapi kan banggg.... Kat Shah Alam banyak orang menipu untuk meminta sedekah. How?

12. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- ERK! Macam kena sedas. ;)

13. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

- ok. Saya pon pantang dengan orang bohong bohong nih. So, insyaAllah saya taknak buat lagi. Bohong untuk kebaikan boleh? Haha. Macam nak mintak MC ke.... :))

14. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- huhu. Camane nak bunuh semut lepas nih? Saya da la takut semut banyak-banyak. Walaupun saya TAK SUKA kan kucing, tapi saya TAKKAN BUNUH KUCING macam dalam video kat Facebook tuh ok? Kesian kucing tuh. :(

15. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

- :)

Huhu. Ingat ye rakan-rakan! Insaf sikit baca nih. :)

Kenapa saya rasa macam nak menangis sekarang ni eh? Ohhh. Saya sangat cengeng bila da insaf. :)


Take care. :)


With love,
F

You Might Also Like

2 COMMENTS