Ini kisah Ayah dan Anak


Kawan baik saya selain daripada Mak saya adalah Ayah saya. Serius punya kamceng tau. Biasanya hal-hal perasaan dan masalah dengan kawan-kawan akan refer kepada Mak saya. Kalau bab-bab study, life, or kawan-kawan jugak, saya akan refer kepada Ayah saya. Bagi saya, Ayah banyak nasihat yang boleh saya ikut and Ayah saya ni jenis cool. So, bila ada problem dan cerita kat Ayah, rasa macam lega je sebab nasihat Ayah tak ikut perasaan. :)

Ayah saya ni jenis ego dalam tunjukkan perasaan. Serius. Jarang la nak dengar Ayah rindu kat kiteorang ke apa kan. Takpun kalau risau kan kiteorang, akan suruh Mak saya yang check. Tapi, dalam apa-apa hal, Ayah lah yang kiteorang cari bila kecemasan. Mak? Tak boleh nak cakap dengan Mak. Biasa lah. Nanti Mak saya akan over-risau.

Hubungan saya dengan Ayah memang baik. Sekarang nih Ayah saya masuk 57 tahun. If nak pujuk Ayah saya buat apa-apa, kadang-kadang tuh Mak saya akan gunakan saya untuk pujuk Ayah. Kadang tuh berjaya, kadang tuh tak berjaya pon. Hampa je lebih. Tapi, bila da besar-besar nih, Ayah saya mungkin lebih suka dengar cakap anak-anak. Tu yang saya suka dengan Ayah saya tuh.

Saya ni anak bongsu. So, bila cuti sekolah atau cuti semester memang mati kutu la duduk rumah sorang-sorang kan. Kawan gaduh saya Ayah lah. Petang-petang, kiteorang main badminton kat laman rumah. Malam duduk lepak tengok TV sama-sama dengan Ayah. Tidur kat peha Ayah. Kalau weekend ajak pergi Jusco or Tesco jalan-jalan. Bukannya beli apa pun. Just nak cari quality time je. Kadang tuh jalan sama pegang tangan Ayah sampai Mak saya pon da takde perasaan jeles dengan kiteorang. Da biasa katanya. Ya Allah, rindu nya saya dengan kawan saya tuh. :((

Ayah's another bestfriend. ;)


The sacrifices that he made to all of us hanya Allah je la yang tahu. Susah saya nak bayangkan hidup semua orang terutamanya Mak bila Ayah takde. Saya rasa Ayah is the strength for us to have faith and courage to overcome the obstacles. Ayah is my hero.

*sedih jap*

Saya rasa marah dengan diri saya kalau saya dapat result teruk. Saya rasa apa yang saya ada sekarang nih semua pinjaman je. Saya kena bayar balik kat Ayah mahupun Mak in the future. Saya taknak tengok Mak dengan Ayah saya sakit and masuk ke hospital kerajaan yang kadang-kadang servis entah apa-apa. Kalau boleh saya nak bagi the best untuk Mak dengan Ayah saya. Saya nak hantar mereka pergi Mekah bila-bila yang mereka nak. Saya nak Ayah & Mak saya berehat dengan duit saya, kakak-kakak dan abang saya.

Saya taknak keluarkan airmata Ayah mahupun Mak saya. Pernah sekali saya nampak Ayah saya menangis sebab saya gaduh dengan Kakak. Saya rasa berdosa waktu tu. SUSAH nak nampak airmata Ayah. Even mak Ayah saya meninggal dunia pon Ayah saya tak menangis. Bila pasal anak-anak? Senang je airmata Ayah keluar.

*sebak*

Da la. Saya malas la nak keluarkan airmata saya lagi. Banyak pula airmata saya sekarang nih.
:)


Ayah, Adik nak cakap "HAPPY FATHER'S DAY!!!!!". I will love you forever and ever. PROMISE!




With love,

Nama yang Ayah & Mak beri : Farah Aliaa bte ABDULLAH.
I'm proud to be your daughter!

Anyway, Argentina rocks la Ayah! ;))

You Might Also Like

6 COMMENTS