Weekend bermakna untuk mereka yg bekerja. Haha.

Semalam sy menghabiskan masa sy almost seharian kat Subang. Da lama tak balik Subang, so bermain dengan Queen and berjumpa + bergosip dengan Mak sy adalah perkara yang menyeronokkan. Haha. Tak lupa la juga dengan kehadiran Big Mama yang memeriahkan suasana. Eh, rumah die. Nape die lak yang meriahkan suasana? Haha.

Anyway, sy pon dengan excited nya cerita kan lah kat Mak experience sy bekerja yang tak seberapa dalam masa seminggu nih. Tambah-tambah lagi, Big Mama memang ready je cerita apa yang her colleagues komen tentang sy. Ouch! Rasa gentar di situ. Hehe. ;)

Aktiviti sy diteruskan la dengan pencarian sy untuk something ke Sunway Pyramid.
Habis takde orang sangat untuk sy cari temankan sy, Nabilah tuh yang sy heret ajak pergi Sunway Pyramid. Lagipun sy tau budak kecik tuh confirm2 thrill bila sy ajak pergi berjalan-jalan ke Sunway Pyramid. Penah jugak la sy syak dia nih ada join share holder dalam board members Sunway Pyramid tuh.

*craps. hehe*

Sebelum sy keluar ke Pyramid tuh, sy pon dengan kadar segera, tukar la baju sy dengan secepat mungkin kan. Baru je sy nak menapak keluar rumah :

Mak : Ha, ko nak pergi mana tuh?
Sy : Jap mak. Nak pergi Pyramid jap. Nak cari barang.
Mak : Pakai macamnih?? Kenapa tudung tuh macam tuh? Takleh nak pakai elok2 dari rumah?
Sy : Ha? Tudung? Memang Adik nak pakai macam nih la pergi pyramid.
Mak : JANGAN KELUAR RUMAH KALAU KO NAK PAKAI MACAM TUH NYE GAYEEE!!!

Dalam Mak sy tengah bebel-bebel dan menjerit tuh, sy zaaaas terus masuk kereta. Haha.

Keeee.. korang pon nak cakap sy selekeh jugak? Haha.


Sampai Pyramid terus sy drag Nabilah pergi CK. Dalam perjalanan pergi CK tuh ada la pulak kedai2 lain yang kami ziarah. Haha. Nih la perempuan. Sikit pon takleh stick dengan tujuan asal. Sampai je CK sy dengan hampa nya tengok apa yang sy cari takde. Damn betul la. Ada pulak orang yang sibuk-sibuk nak sama dengan taste sy.

Da sudah tuh kiteorang pergi la kat Digital Centre area atas sekali tuh. Nabilah nih sibuk nak cari cover handset untuk handset baru-canggih-cool kepunyaannya. Jeles sungguh sy. Haha. Nak tunggu dapat handset baru nih tah bila tah lagi. Rasa macam lambat je.

Da sudah tuh kiteorang pergi la makan Kebab King. Da la besar gila. Sy dengan humble nya makan 1/3 je dari kebab tuh. Haha. The rest sy suruh Nabilah habiskan. First try rasa Kebab King terus kiteorang terpikat dengan kebab buatan Bangla kat situ. Haha. Kind of jatuh cinta la. ;)

Habis semua tuh, kiteorang teruskan la lagi pencarian kiteorang. Sy da belanja budak kecik tuh Kebab King tuh, so die kena la ikut sy mencari-cari apa yang patut. Kesian jugak la kat die kena temankan sy turun naik dalam Pyramid tuh. Da la sy macam thrill gila semalam. So, die pon melayan la perangai gila-pelik-menyampahkan sy tu kat tengah-tengah orang ramai dalam Pyramid. Hehe.

Muka happy betul lepas orang belanje die makan. ;)


So, hari nih I am doing nothing selain duduk rumah and tengok TV. Letih bekerja dalam masa seminggu tuh required untuk sy berehat dengan secukup nya. Haha. Lagipun since semalam I'm not in the mood untuk berjumpa dengan orang ramai. Wahahaha! Ayat macam bajet artis. ;)

Da rasa boring nih sebab da lama tak kacau Jang. Isk, geng-geng devil sy pon masing2 busy dengan praktikal. Isk. Bosan. :(

Next week Kamal pergi Northern 1 week. Sy tinggal kat ofis sorang2. Isk. Macam la selama nih pon satu department.
Confirm la kena bangun awal untuk breakfast nih. Huhu.

Ok la. Sy nak tidur jap. Petang2 nih elok rehatkan badan dengan otak. ;) Baju keje da iron, just tinggal nak tulis logbook je. Esok da kena submit weekly activities. Huhu.

Have a nice day everyone!!

With love,
F

You Might Also Like

3 COMMENTS