My advanced birthday party. :)

Ok. Sekarang nih saya tengah extremely mengantuk kat ofis nih. Tidur pukul 4.30 pagi ye rakan-rakan? Mana tak nya saya da macam miong pagi nih. ;)

Malam semalam saya di'suprise'kan dengan birthday party yang dibuat untuk saya.
Ok. Dieorang celebrate awal birthday saya yang supposely 1 Jun nih. So what? Saya extremely happy kot malam tadi. Hehe.


Tapiiiiiii...ada banyak cerita di sebalik suprise birthday party nih.
Hehe. ;)


Actually, takla suprise mana pon. Ini adalah disebabkan Lea da kantoi kan plan budak-budak nih kepada saya a few days before majlis berlangsung. Konon-konon nya nak pujuk saya lah dengan bagitau plan nih. And saya pon da plan la nak berlakon konon-konon "Ehhhh, suprise sangat. Terharuuu la korang." Tapi entah macamana tah, plan yang tuh pon kantoi. Sengal betul Lea tuh. Last-last mereka merancang untuk come up dengan sudden plan mereka. ;)

Dia lah pesalah yang sebenarnye. ;p


Geng bus sekolah saya. :)


Saya masa tuh tengah drive from Gambang nak balik KL. My kid-sister baru masuk Kolej Matrik Pahang. So, untuk merealisasikan impian budak-budak nih throw birthday party untuk saya, saya punya speed dari Gambang balik KL adalah around 160 km/j up to 170 km/j!!!! Memang habis semua kereta yang mastautin kat highway tuh saya bagi high-beam. 2 jam after that sampai da KL. Tapi, masuk je Gombak da start jam pulak. Adoi. Memang panas betul.

Sampai je Subang, pack barang terus campak dalam kereta saya dan ZAAAAS balik Shah Alam semula. Tiba-tiba bila masuk rumah budak-budak nih takde kan. Saya pon mandi and siap la iron baju kerja semua. Mula-mula da bugdet tak jadi pergi karaoke. Alih-alih dieorang balik rumah and suruh saya siap semua. Lepas siap-siap, masuk je kereta mata da kena tutup. Damn betul la. Sumpah la saya da start rasa seram da waktu tuh. Kawan-kawan saya nih masing-masing ada history otak retak sikit. Anything can happen bila dengan dieorang. Tapi, berdasarkan instinct hebat saya, saya da tau da dieorang menuju ke KTV Klang Parade. Kantoi lagi. Kantoi lagi. Haha.


Bila buka je kain tutup mata tuh, saya da nampak Kamal, Pijan, Mira & Sopi. Tuh memang part terkejut ok. Tak sangka lak dieorang ada. Saya bajet Chichi or budak-budak lain yang join kiteorang. Part tuh memang terharu la. Dapat celebrate dengan semua orang. :) If C-11 cukup corrumn, da sure la saya lagi happy malam tadi. Excited weh orang-orang yang saya nak celebrate semua ada. Except ahli C-11 yang tak dapat datang. Huhu. If tak, confirm gegar KTV tuh semua orang menggila. Pijan dengan Sopi? Langsung da tak segan ok. Da macam kenal kawan-kawan aku 10 tahun da.



Lihat! Lihat! Ada cake comel tau. :)


Tengok tuh. Siap ada cake lagi tau. Terharu sungguh saya. Tuh belum lagi saya dapat Chacos kegemaran saya untuk makanan malam tuh. Hehe. Tapi terharu la dengan dieorang sebab within in a short time and sudden changing plan, boleh jugak la budak-budak nih prepare semua benda nih. Ha, cake banyak lagi kat rumah saya. Amik la. ;)

Taiko geng bas sekolah mahu nyanyi dey.

Muka matured tak saya bersama budak-budak senteng nih?

Classmate penyayang saya.

Lea dengan Kamal tengah "ramai org gila judiiii~~"


Geng bas sekolah menggila a.k.a camewhoring.

Wahhh. Dia punya 'panas' lebih dari gua yang diraikan tau. ;)


Ohh. Yang ni tak 'panas' ok. Saya je 'panas'. Haha.


Later that night, after celebrate semua sekali, saya bersama geng bas sekolah saya memulakan misi kami mencari/interview mak nyah di sekitar Lorong Haji Taib. Serius weh. Cuak gila saya nih memulakan misi interview. Mata pon da hampir nak kena gam. Memang macam tak ingat la yang arinih keje kan. Tapi, mak nyah kat situ memang terbaik. Da la layan kiteorang nice je. I suke la u kakak! ;)


Isk, isk. Sebabkan saya da diugut oleh rakan-rakan geng bas sekolah saya. Harus lah saya dedicate kan ucapan untuk semua yang terlibat kan.

TERIMA KASIH SANGAT LA KAMU SEMUA. TERHARU MAKKK TAU. ;) ISK. THANKS OK BABE. MEMANG KORANG BEST LA. HUHU.

Ohh. *still terharu mode* Thanks sayang. :)

(jangan pelik ye. saya jarang sambut birthday saya dengan kawan-kawan saya since birthday saya dari saya lahir jatuh kepada waktu cuti sekolah mahupun cuti semester. :D)
Have a nice day!


With love,
F

You Might Also Like

10 COMMENTS