Rock Kapak & Tomok

Masa zaman sekolah dalam Form 1 and Form 2 tuh, kumpulan-kumpulan pemuzik yang baru naik nih memang glamour la kan. Saya ingat lagi lagu 'Sejarah Mungkin Berulang' nyanyian Tomok New Boyz. Saya memang maki habis la lagu tuh. Dah la sengau, tak best lak tuh. Kenapa la orang semua suka lagu tuh.

Masa kat sekolah dulu, belakang kelas ada locker masing-masing. Well, locker tuh sebenarnya tempat untuk letak file and text books la kan. Tapi biasalah budak-budak. Gatal. Masa sekolah da gatal nak cari awek la, boyfriend la, abang angkat, mahupun kakak angkat. So, locker kat bahagian belakang kelas tuh jadi tempat untuk orang letak surat kepada si dia la. Ko fikir locker tuh peti surat ke weh?

Saya punya locker mesti nak bahagian atas sekali je eh. Taknak locker bawahan nih. Locker-locker bangla nih gua tak pandang. Biasa nya locker bawahan nih tempat saya nak step up untuk ambil file saya yang terletak on top of the locker. Hehe.

So, ada satu hari tuh, hari Khamis to be exact, saya pon mula la pengembaraan selongkar locker orang. Untuk budak-budak Mozac yang baca nih, jangan nak marah eh? Macam la korang tak pernah nak selongkar locker aku. Korang memang aim je kan every week nak bukak locker aku. Haha. Masa tuh saya konon-konon tengah nak pergi locker secret admirer saya. Haha. Jangan gelak kepada sape yang tahu nama budak nih. Cukup la aku nama kan sebagai Reben Haram tuh. Haha.

Masa saya nak bukak locker si Reben Haram nih, saya terlanggar la locker kawan saya, Hajar a.k.a Ejat. Da alang-alang nak tutup balik pintu locker tuh, saya terpandang la poster yang ada kat dalam locker Ejat tuh. To my suprise, saya ternampak la pulak gambar,


Tomok!!!

Huish, memang bergenang la air mata saya gelakkan dia. Saya tak ingat siapa yang ada di waktu kejadian tuh. Tapi memang tak sangka kawan saya Hajar a.k.a Ejat yang ganas tuh, boleh pulak sukakan si Tomok nih.


Tapi, Tomok sekarang da matured. Gua admit la. Tak pasal-pasal lak aku kena hentak dengan peminat Tomok kang. Haha.


-------------------------------

Korang tahu tak rock kapak tuh apa?
Haih. Tak urban la kalau korang tak tau.

Sejak dari sekolah dulu, saya memang tak minat dengan rock kapak bagai nih. Bagi saya memang tak sesuai la dengan jiwa dalam-lembut-tapi-luar-kasar saya nih. Kalau waktu pre kelas dulu, budak-budak lelaki nih menyanyi lagu-lagu rock kapak dalam kelas saya, saya mesti akan cakap kat dieorang, "Ek eleh korang ni. Takde lagu lain ke?"

Pantas dieorang maki saya dan bercakap, "Begum poyo."

Ada aku kisah?

*grin*

Masa-masa tuh saya rajin melayan lagu Nsync dengan Backstreet Boys je. Rasa up sangat waktu tuh.
Takpun Linkin Park.



Tapi,


kenapa sekarang nih bila pergi karaoke saya akan nyanyi rock kapak eh?



AXL - Akulah Kekasihmu.
Saya tak kenal die. Sungguh.

You Might Also Like

6 COMMENTS