Perihal Pig Skin : Ft Kak Una.

Hari ni saya bangun awal gila. Seawal 8 pagi saya da bangun. Mana tah semangat saya nak tidur lama-lama. Mungkin saya tidur awal disebabkan kesedihan melampau semalam. Ok. Exaggerate.

Da tuh pagi nih tadi masa tengah tengok-tengok blog orang, saya terpanggil la nak baca blog Kak Una yang tengah gedik nak kawen tuh.
Padahal masa tuh terpanggil nak baca sebab nampak perkataan Babi. Hahaha.

Anyway, bila Kak Una cerita pasal terpegang Pig Skin Lining tuh, saya teringat la cerita saya, Din dengan Anis ke KLCC masa awal-awal semester hari tuh. :D

Sebenarnya, misi saya nak ke KLCC untuk melawat jejak sejarah Kinokuniya yang da lama saya tinggalkan. Merepek. So, sebelum nak pergi ke Kinokuniya tuh saya pon memasuki la Zara untuk melihat barang-barang yang berkenan di mata untuk saya beli. Anis nih tah hape angin dia, lajuuuu je nak amek satu heels kat Zara nih tau. Dia tak nampak rasa nya ada sign kecik je kat situ, PIG SKIN LINING. Zara nih pon bangang jugak saya rasa sebab letak sign tuh kecik je sampaikan orang macam Anis tak nampak perkataan tuh. Nasib la saya sempat halang dia kan. Haha.

Memandangkan Din nak membeli kasut untuk ke kelas dan berlagak sebagai pelajar baru, Anis pergi la teman dia. Saya pon bermastautin kat Kinokuniya kejap. Cari buku yang saya nak baca. Da selesai urusan masing-masing masa tuh, saya pon turun la pergi Topshop jap. Niat di hati ingin mencari baju yang berkenan di hati. Saya suruh la Din dengan Anis jumpa saya kat sana.

Tengah saya dengan Din belek-belek baju, Anis dengan thrill nya panggil saya.

"Farahhh!! Beg nih cantik kan?"

"Cantik!" Tapi straight masa tuh saya ternampak kat sign atas tuh.

"Err. Anis, beg tuuuuu....."

"Apa? Cantik kan? Huhu. Suke la beg nihhhh."

"Ye...cantik...tapi beg tuuuuu..."

Belum sempat saya habis cakap, "Cantik! Nak beli!"

Din da merah gila muka gelak. Macam haram mamat nih. Gi bantai gelak lak dia.

"Tuh tengok sign tuh Anis." Sambil saya tunjukkan tangan kat atas.

PIG SKIN LINING. Besar ok sign tuh. Kali nih salah Anis.

Muka minah tuh memang pucat habis la. Terus letak beg tuh kat tempat dia and datang balik kat kiteorang. Kiteorang nih pon macam siot jugak. Boleh lak straightly bila dia datang kiteorang lari eh. Haha. Memang kecil hati habis minah tuh. Tangan dia saya tengok kejuuung je tak gerak and tak sentuh apa-apa. Muka muram macam terpegang babi betul-betul lak. Haha.

Lepas saya bayar semua, saya pon keluar la dari Topshop tuh. Saya tengah borak-borak dengan Din masa tuh. Din cakap la masa kat Adidas, Anis pon almost nak terpegang ada kasut tuh yang Pig Skin Lining gak. Nasib Din sempat elak kan dia. Bila nak ke Padini, sekali tengok Anis da takde. Ah, sudah. Mana la pulak budak nih. Din yang masa tuh nak beli baju kat Padini pon tak jadi beli sebab Anis da hilang. Kiteorang pon cari la dia. Alih-alih jumpa kat bahagian hujung dekat-dekat Romp tuh. Da memang nak ready balik da. Muka tuh memang sedih habis la.

Saya nak gelak pon da tak sampai hati da. Din pon macam siot je muka tahan gelak. Sampai je station Taman Jaya, kiteorang 3 orang pon terbongkok-bongkok la bawah rail tuh nak cari tanah untuk budak nih samak. Saya pon tak tahu sangat pasal samak-samak nih. So, ada la hikmah Anis terpegang beg tuh. Haha.

Saya call la Ayah saya. Tanya nak samak camane semua kan. Ayah saya straightly suruh pesan kat Anis, "Da takde benda lain Anis tuh nak pegang?". Hehe.

Tapi memang kelakar la bila ingat pasal tuh balik kan? Bila masuk Topshop je mesti nak gelak.

:)

Saya pon tak pasti sebenarnya kalau kita pegang Pig Skin Lining tuh kena samak ke tak? Sebab saya selalu terfikir benda tuh kan kering. Tangan kita pon kering. So, still kena samak eh?

Ada tak sesiapa yang boleh jawap soalan saya?


With love,
F

You Might Also Like

5 COMMENTS