Now I'm officially broke.

"Mak, susah la. Tak penah rasa macam nih. Sekarang nih bila nak isi minyak je mesti kira-kira duit adik tinggal berapa lepas tuh."

Cubaan membuat ayat sedih.

"Ha... Bagus la tuh. Belajar hidup susah sikit!"

"Orang ajar anak dari susah ke senang. Bukan senang ke susah."

Ehhh ko nih. Nak ajar mak ko lak Farah Aliaa!!

"Biar la. Tuh orang. Nih mak. Hehehe."

-----------------------------

Sejak-sejak kelebihan saya da ditarik balik nih, saya rasa susah betul hidup saya. Rasa macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rasa perit nak melalui liku-liku hidup saya nih. Ok. Exaggerate.

Fine. The thing is takde la saya rasa susah mana pon. Duit nak makan ada je. Tapi, jarang la pulak duit dalam purse saya jadi negatif baru saya boleh mintak duit kat Mak dengan Ayah saya. Macam sekarang nih. Dulu, kalau nak pergi mana lajuuuuu je saya. Tak payah kira minyak dengan tol bagai. Kalau duit dalam wallet saya kosong pun saya still boleh balik Melaka dengan jaya nya. Tol dengan minyak da tak payah fikir da.

Tapi;
Sejak-sejak kelebihan da ditarik balik, saya rasa macam putus harapan. Hahaha! Ok. Saya exaggerate lagi. ;) Serius la nih. Nak balik Melaka sekarang pun kena check dulu duit dalam purse saya ada berapa. Kalau kosong, nak isi minyak pakai apa? Air hujan? Sumpah saya da rindu dengan Mak dan Ayah saya. Rindu gila. Again. Cubaan minta belas kasihan.

Shopping? Huh, tak payah la cakap. Apa tuh shopping?? Tak tahu pon. Tak tahu. Jangan tanya saya.

Zaman senang dulu nak shopping senaaaangggg je. Semua benda saya labelkan keperluan. Sekarang nih sejak-sejak saya kelebihan saya da takde, saya nganga je la. Fikir dalam-dalam benda tuh kemahuan ke keperluan. Huish, mesti budak-budak nih gelakkan aku.

Nak mintak duit kat Ayah? Hahahaha. In your dream la. Memang macam strict la Ayah saya mendidik saya kali nih. Macam Taliban nye regime. Huish, tak sangka Ayah saya begitu tegas kali nih. Betul-betul kira the last time yang Ayah saya bank in kan duit semua. Ko nak tipu? Jangan harap la. Duit ko habis before due date? Ko makan je la kertas kat rumah tuh. Nak sedap sikit makan paper bag yang shopping dulu.

Urghhhh. Tension betul macam nih. Kesian tak saya?? :(

Ohhh. Before saya pergi kerja hari nih, saya macam kelam kabut and terlanggar la rak kasut kat tepi pintu tu. Sekali kotak kasut yang jatuh tuh mempamerkan kasut yang saya beli kira-kira 4 bulan lepas and senario yang paling teruk sekali SAYA TAK PERNAH PAKAI KASUT TUH. Haish. Macamana la saya boleh terlupa kasut nih? Kesian dia.

So, hari nih saya pakai la kasut nih. Bagi dia rasa saya masih sayangkan dia walaupun tak pernah guna dia. Hehe. ;)

Haaa. Tengok. Macamana la kelebihan saya tak ditarik balik?
Saya kena buat azam baru nih!

Semester depan saya taknak shopping apa-apa. Duit tuh guna betul-betul. If kelakuan saya baik, mungkin Ayah saya consider nak bagi kelebihan saya semula. Ohhh! Terharu. Mungkin kalau bagi lepas nih, strictly to petrol. No shopping or beli tiket flight bagai. Ko duduk je kat Malaysia nih diam-diam Farah Aliaa. Jangan mengada-ngada.

Esok hari Sabtu! Yayyy. Happy lak aku tunggu hari Sabtu nih ek? Menggedik sungguh.
Cepat balik kamuuuu~

Ok. Sekarang saya kena belajar hidup susah. Duit tinggal RM20. :(

Mana support rakan-rakan? Come on. Come on! ;)



With love,
F

You Might Also Like

6 COMMENTS