Nama-nama yang saya letak untuk org yg sy minat.

Huish, serius la. Sekarang nih saya rasa da berjangkit dengan Kak Una kot sebab saya suka tulis title yang panjang. Hehe. ;)

Ok. Masa zaman sekolah, of course la kita ada minat orang kan? Apa? Korang takde orang yang korang tak minat? Haha. Tipu la weh!! Gua tau lu mesti ada minat orang jugakkan? Kan? ;)

Berbalik kepada minat-minat orang semua nih kan. Saya pon of course la ada minat orang! Gila kau. Walaupun budak lelaki Mozac tuh selebet macam haram, tapi kadang-kadang ada jugak yang charming nya. Eh, tang mana Bangla tuh charming eh? Mahupun si Ciemok tuh.

So, bila la da nampak orang yang kita minat lalu depan kita, takkan la kita nak cakap,

"Ehhhh! Tadi aku nampak Karim lalu."

Tak pun, bila kawan kita nak sound,

"Weh, tadi Karim masuk kelas aku. Ko bukan suka dia ke?"

Dapat nya korang kawan-kawan yang suara dia macam tertelan amplifier, memang kantoi la kat satu sekolah korang minat Karim kan? Alih-alih ko dapat tengok muka si Karim tuh hari-hari, tak pasal je korang kena jeling everytime serempak dengan Karim. ;)

So, untuk play safe, kita semua perlukan secret code. Nama orang yang korang admire tuh harus la ditukarkan demi menjaga keselamatan dan maruah diri kiteorang.

Tapi,
Saya tak tahu la kenapa waktu zaman sekolah nama-nama yang saya letak untuk orang yang saya minat mesti la pelik. Haha. Bukan saya je, malahan fenomena nih berlaku jugak kepada rakan-rakan kesayangan saya. Korang nak tau tak?

Reben Haram :
Wahh. Mamat nih saya rasa yang saya paling head over heels kat dia dulu. Haha. Tah camane tah boleh suka. Pastuh siap boleh nak pakai baju raya sama-sama masa jamuan hari raya sekolah saya waktu Form 3. Nama Reben tuh dikupas selepas saya nih discover saya suka dia, and kawan saya Ea-an terpandang kan reben kat depan loker dia and cakap, "Jom kita panggil *** reben!!!" Urgh. Bermula la kisah bodo saya ever since that. Haha.

Hubungan hanya bertahan 3 bulan. (Hubungan kejadah nya kalau aku suka dia?)

Tayar :
Mamat nih? Bwahahaha. Mulut paling macam haram sekali kat sekolah saya. Tah macamane tah saya boleh suka kat dia. Da la perangai dajal gila. Dajal pon lagi baik dari dia. Haha. Suka berputik masa saya masuk percussion. Damn.

Hubungan hanya bertahan beberapa minggu. Haha.

Cyclop :
Hahahaha. Nih paling takleh tahan. Nih Lea dengan Chi2 punya. In fact ramai kot yang suka kat budak nih. Chi2 dulu siap jadi stalker. Masa saya satu kelas dengan dia, boleh plak die ajak saya tiap-tiap pagi pergi kelas si Cyclop nih semata-mata nak tengok muka Cyclop yang blur tuh. Sampai sekarang saya musykil celah mana cyclop nye jejaka nih.

Lama jugak la Lea dan Chi2 menaruh perasaan kat jejaka nih.

Abang Tegas :
Ha, nih memang hot abang nih. Takla abang pon. Sebaya je dengan saya. Oh, identity abang tegas nih boleh di'reveal'kan sebab abang tegas nih pon tau die lah rupa-rupanya Abang Tegas yang diperkatakan. Hehe. Mir, i revealkan u nih. Awwww~

Selalu la jugak saya dating-dating dengan Amir kat Shah Alam. Setiap kali dating mesti saya terfikir, "Apa la tegas nyaa mamat nih?"

Hubungan dengan Atek tak lama tapi ramai lak yang nak sambung meminati mamat nih. Bajet hot. Wek!

--------------------------

Masa zaman sekolah saya ada sorang boyfriend nama Ijoy. Haha. Pengakuan terbuka nih. Tapi kejap je percintaan monkey saya nih. Ada la dalam 2 weeks je. Tak boleh tahan dengan jiwa ganas gua waktu tu. Hari-hari duk kena cakap I Love You kat dia. Huh. Last-last gua buat keputusan bijak untuk break. Wahhh. Memang tepat la kan keputusan tuh even muka Ijoy tuh sikit la punya handsome. Budak Negeri Sembilan. Lupa kenal dari mana. Maybe dari Wind Orchestra kot. Haha.

Tapiiiii;
sekarang nih bila dapat ayat "Miss u" bagai, macam ulat taik (pinjam ayat Mak) saya nih. Haha. GEDIK HABISSSS. Tak boleh lama la nak gedik-gedik nih kan. Da agak-agak terpesong je saya nih, saya cuba untuk berpijak ke bumi nyata. Haip. Apa miss-es nih semua? Huh.

Haa. Garang tak saya?
Hehe. ;)

Ehhh..cerita da jauh terpesong nih. Tadi nak cerita pasal nama-nama tuh je. Banyak lak saya merepek. Damn.


Have a nice day!


With love,
F

You Might Also Like

2 COMMENTS