Hari suda hari ke-4!

Hari dah masuh hari ke-4 sy praktikal kat PLUS. Huish, rasa letih betul la. Macam da keje betul2 lak. Huhu. Tapi, one thing yang sy suka sy dapat baaaaaaaaaanyak knowledge from orang2 kat sana. Tuh yang best nya la. ;)

Hari nih sy sampai2 ofis dalam pukul 8.15 am. Sampai2 ofis duduk jap, tengok2 blog nih, and then En. Jo panggil untuk discussion. Macam biase la kan. Overview what we have done hari semalam. Banyak la jugak benda yang En. Jo terangkan pagi tadi. So, as a highway user, banyak jugak la sy tahu apa yang terjadi behind the pavement construction. ;)

Dari pagi sampai tengahari takde la buat mende pon. Ofis da la sejuk macam dalam peti ais. Da menggigil da sy kat atas kerusi tuh tahan kesejukan. Nak turun bawah untuk amek sweater Kamal, segan pulak sy sebab hari nih je bape kali aunty sy panggil masuk bilik die. Plus, Kamal pon takde sebab pergi site kat Bukit Merah. Makanya, sy pon keras je la duduk atas kerusi tuh.

Agak2 tengahari tuh Abg Fakar ajak pergi Bangi. Tengok defects kat site jap, amek2 gambar, and then pergi lunch dengan contractor kat Bangi. Dieorang pi makan Nasi Beriani Gam Johor. Adoi. Sy nih da la bukan a big fan of beriani pon. So, makan je la sket. Memang tak habis pon. Huhu.

Sampai ofis dalam pukul 3 pm. Lepas sembahyang sume, baru je sy duduk and nak pasang iPod tiba-tiba Abg Fakar ajak pergi audit Maintenance Executive kat Rawang. Baru je nak pasang iPod da kena keluar balik. So, sy pon pack2 barang semua and ikut la Abg Fakar gi Section Rawang. Lagipun Puan As suruh sy ikut untuk tengok audit tuh, so sy pon pergi la ikut Abg Fakar.

Audit dengan MMTE sampai pukul 6 pm. Da la jam gile dari Rawang tuh nak masuk ke area Subang. Panas betul sy dengan jam2 nih sume. Da asek menguap je la sambil borak2 dengan Abg Fakar. Akhirnya dapat jugak sy borak dengan bebasnya. Hehe. ;)

Sampai rumah tadi, sempat gak la jugak sy melayan Adamaya yang episod last. Terubat rasanya kepenatan keje nih. Berbaloi! Hahaha. ;) Sian Adam tuh. Mesti dia tahap frustrated gile dengan Maya. Isk2.

Ohhh! Countdown sy untuk mendapat handset baru sebagai hadiah birthday telah berlangsung. Thrill sungguh nak dapat handset baru. Other birthday wishes? Of cos la DSLR idaman. Tapi, macam susah and takde je orang nak bagi sy kan. Hehe.

Ok la. Sy mahu tidur. Esok mahu ke Ipoh pula. ;) Tiba2 aku rasa aku ngan Kamal je yang praktikal beriya. Orang lain elok main facebook je gayanya. Huhu.

Have a nice day everybody!! ;)



With love,
F

You Might Also Like

3 COMMENTS