Deleting friends

Sejak dari sy sampai rumah tadi, sy duk sibuk delete friends yang sy rasakan tak berguna pon dalam Facebook sy. Tah sape2 tah. So, sy strictly akan tapis semua rakan2 sy after this. Agak2 menyemak je dalam Facebook tuh sy terus delete. Lagipun apa function dieorang add sy kalau tak active sebagai member kan? Huh, L.A.M.E sungguh excuses mereka yang nak tengok gambar2 atau aktiviti sy. Macam la ko nih artis Farah. Haha.

Eventhough sy rasa sy macam tengah high je sekarang nih, tapi sy ada satu masalah yang tak boleh tidur. Haih. Tension betul. Da la malam tadi tidur sekejap je. Pastuh pagi2 buta kat area rumah sy da ada orang hon menggila sebab takleh nak keluar parking. Memang sahih la sy susah nak tidur lagi. Lagipun, sy rasa sy kena la fahamkan sket2 lagi notes Math tuh kan.

Test Math td takdela ok mane pon. Mula2 nak tiru Sal, tapi tengok Sal tak abes buat, sy tak jadi tiru. So, sy pon bantai la apa yang sy ingat belajar semalam. Elok lak masa tuh nak lupa steps kan. Huh. Geram betul. Kan bagus kalau sy ade photographic memory. Senang sket keje. ;)

Sekarang nih ada kat rumah Melaka. Tadi dalam kereta sy tidur dengan hebatnya kat belakang. Siap berebut ngan Lea sape nak duduk belakang sebab 2,2 orang nak tidur. Hehe. Yot lak bawak kete bukan main laju lagi. Tibe2 je bila sy terjaga da masuk Tol Plaza Pedas/Linggi. Memang Schumacher abes agaknya Yot masa sy tidur.

Elok2 dalam kereta, Big Mama call bagitau pasal internship sy kat PLUS tuh. Sy rasa Mak sy je yg macam beriya tanya pasal perihal praktikal sy nih since dari awal semester arituh. Ikutkan hati sy, praktikal mane2 pon tak kisah. Janji sy da tak perlu da nak ade rasa bersalah to someone sebabkan praktikal nih. ;)

Cakap pasal praktikal, rasa nya macam takut lak nak kerja kat big company. Haih, tak tau la macamane gaya nye. Tengok Big Mama yang keje teruk, meeting sana sini, balik kerja sampai pukul 10 or 11 malam, sy rasa macam new experience pon ade gak. Melihatkan condition sy yang tengah tak berapa nak stable secara mentally nih, takut lama2 nanti Head of Department sy mesti maki2 je sy nih sebabkan sengal2 alang. Haih. Macamane nak jadi engineer nih? Kena amek tips from Kak Una banyak2 nih. Hehe.

Haih, sy pon tak tahu kenapa sekarang nih sy jadi blur2 and macam kosong je dalam mind. Banyak sangat tengok benda2 tak elok nih agaknya. Hahaha. Sebab tuh Tuhan tarik sikit demi sedikit kelebihan sy. ;p Dulu, senang je nak ingat apa2. Review sket2 je notes tuh, sy da faham. Sekarang nih, kena la belajar betul2 baru leh faham sikit. Nih nama nya zaman kejatuhan sy da bermula. :( even tak berapa boleh terima keadaan nih, tapi everyday memang kena doa la so that sy bleh back in action. Geram weh tengok marks orang lain lagi tinggi dari sy. Huhu. Persaingan sihat kan? Haha.

Hmm bila la sy nak tidur nih ek? Rasanya tadi da high sangat da sy bila dalam kereta. Kalau sy drive tuh da tentu2 menempah maut namanya. Nasib la Yot The Warrior ada. Hehe.

Nih sy nak melihat Adnan Sempit dengan kakak sy. Sian sungguh tak pernah tengok cite nih. Sy rasa da bape kali da sy tengok cite nih.

Tak sabar gila nak tunggu Adamaya next week. Comel gile Lisa Surihani tuh. Dapat lak Sein yang hensem. Memang best la. Hehe.

Have a nice weekend semua orang!

With love,
F

You Might Also Like

1 COMMENTS