Kelas Last And Kelas Depan

Masa zaman sekolah, sy bukanlah seorang anak yang cemerlang keputusan nya. Nak2 bila sy masuk SBP. Kadang2, sy selalu terfikir sy nih yang bodoh masuk SBP ataupun budak2 lain tuh memang dilahirkan terlebih genius. ;)

Sistem sekolah sy yang selalu reshuffle kelas kadang2 memang bagus. Memang memberangsangkan untuk budak2 nih belajar. Terutamanya sy! Hehe. Masa zaman sekolah sy, kelas yang 1st sekali/konon2 paling pandai adalah Kelas Alpha. Then, goes to Beta, Omega, Sigma and Theta. Kelas yang sy penah masuk SEMUA sekali KECUALI ALPHA.

Masa mula2 masuk Tingkatan 1 tuh, sy da berada dalam Kelas Form 1 Beta. Isk, masa dalam kelas nih adalah kenangan sy yang paling tak best la. Sampai ke hari nih sy asek kena bahan dengan budak2 nih sebab baik dengan Ayul a.k.a Ketua Pelajar time sy Form 5. Siot betul budak2 nih. Selalu bahan sy konon2 nak jadi pengawas gak macam Ayul. Damn. Da la waktu tuh ade geng nak menggulingkan Ayuzie. Haha. ;))

Masuk Form 2, sy maintain Beta je. Wahhhh! Memang rasa bijak la kan. Ada la 2,3 kali reshuffle kelas waktu tuh. Asal ujian je reshuffle kelas. Tapi, sy tetap dengan port sy kat belakang kelas waktu tuh. Duduk sebelah Ayin kot. And port tuh dekat lak dengan budak2 lelaki yang menghancurkan fokus sy nak belajar. Huh!

Sy pon tak pasti, tapi sy rasa sy macam dapat satu hidayah bila masuk Form 3 untuk masuk kelas Alpha tuh. Yelaa. Kelas Beta kan sebelah kelas Alpha. Bila lalu kelas Alpha tuh rasa macam cool je. Haha. Sy nak jugak citer kat anak-anak sy nanti sy nih masuk kelas Alpha. Nak jugak gembar gemburkan mak dieorang nih tergolong dalam golongan bijak pandai. Hahaha.

Tapi, memang satu harapan tinggal harapan lak. Tah macamane tah, time sy strive betul2 untuk test 1 masa Form 3 tuh, sekolah sy takde buat reshuffle kelas untuk Form 3 and Form 5. Dalam hati nih punya la kecewa sebab sy da berjaya dapatkan no. 32 (which is number last sekali dalam kelas Alpha). Ingat senang ke untuk seorang sy nak dapatkan number 32 tuh? Bila da ade chance nak masuk Alpha tak boleh lak. Haram betul. Huh!

Sejak dari tuh, sy blame kan sekolah sy yang tak buat reshuffle kelas. Sy mula rebel. Sy mula taknak kawan dengan budak Alpha. Bagi sy Alpha is bad! ;p

Masuk Form 4, sy selalu je dapat number ratus. Pernah sekali tuh dapat number 10 terakhir dalam tingkatan. Haha. Sket pon sy tak heran. Ayah sy pon mcm redha je tengok report card sy. Cheis! Memang lagi jauh la harapan nak ke Alpha tuh. Selalu je sy kutuk Rose dengan Atek yang kat kelas Alpha tuh. Kelas bilik mayat la, kelas takde life la. Sebenarnya, jauh dalam sudut hati sy, SY MEMANG NAK MASUK ALPHA! *kecewa*

Tapi, bila fikir2 balik, kelas last pun best jugak. Budak Alpha bukan maen skema lagi buat experiment, kelas kitoerang boleh main2. Kelas Sigma nih selalu je kena halau naik atas dari Makmal Biologi bila Cikgu Faizah nanges. Kelas Alpha penah kena halau? Huh, mesti la tak pernah kan? Tak thrill! hehe. ;)

Selalu masa Form 5, asalkan prep petang, sy pergi la melawat kelas Rose kat hujung sana. Rose selalu study kat luar kelas. Konon2 la tuh nak amek angin bukit tuh. Biar kembung perot. Haha. Persamaan antara kelas Alpha dengan Sigma adalah asalkan prep petang mesti senyap. Bukan ape, budak2 kelas sy asalkan prep petang mesti tidur. Sebab tuh la senyap. Budak2 kelas Alpha, asalkan prep petang, gunakan sebaik mungkin. So, kelas tuh just dengar bunyi kipas je la sebab sume orang khusyuk study. Haha. :)

Adeh. Kesimpulannya sy suka jugak masuk kelas last nih. Masuk Theta? Of cos la pernah. Kalau tak, cmane la waktu Pertandingan Tarian Form 4 tuh, kelas Theta boleh menari Bollywood kalau bukan idea bodoh sy? Hehe.

Nasib sy nih takde adik. Kalau ade, sy da cakap da tak payah kisah nak masuk kelas first or kelas last. ;)

Have a nice day everybody!

With love,
F

You Might Also Like

11 COMMENTS