Saturday, March 13, 2010

Apa itu komplikasi?

Komplikasi?
Complicated?

Datangnya dari perut bahasa yang sama.
Maksudnya - yaaa! mungkin maksud yang sama.
Apa yang beza nya?

Ejaan. ;)

Kau bawak perut besar. Dalam nya ada nyawa - bayi.
Satu kau cicirkan - ayahnya.
Mana?

-komplikasi-

Kau bercinta bagai hidup da hujung dunia.
Kalau boleh bergadai nyawa, kau da jualkan kat sapa2 yang terima.
Kau bergaduh, kau putuskan hubungan.
Kau bencikan seluruhnya.
Kau dapat apa?

-komplikasi-

Rasa lapar, kau panjangkan tangan.
Ingat masa dulu, Mak suruh pergi sekolah, kau candukan hidup kau.
Kau ganjakan masa depan kau.
Sekarang kau da lapar?
Kau tebarkan malu & maruah keluarga kau.
Kau canangkan kat dunia Tuhan tak adil dengan kau.

-komplikasi-

Duit masuk banyak, cepat, tebal.
Kau gigil nampak.
Kau tahan diri kau dari ambil.
Kawan pakai kereta mewah, kau gentar.
Kawan pergi bercuti luar negara, kau cemburu.
Makanya; rasuah kau jadi kan hidangan.
Enak?
Kenyang kau lihat ramai orang mati bila bangunan runtuh? Typical engineer.

-komplikasi-

Kau da belajar.
Bila ujian, kau di hitamkan. Blank.
Tak faham.
Tiru?

-komplikasi-

Duit dalam poket tak cukup.
Ayah kat kampung tak berduit - orang susah.
Kau tahan lapar.
Perit?

-komplikasi-

Kadang2 mula syg orang.
Tahu2 orang yang kau sayang, pergi dengan orang lain.
Kau tak bagus untuknya.
Kau comot, selekeh.
Siapa bodoh?

-komplikasi-

Hidup sorang2. Tercongok2.
Reserve kan diri dari orang ramai.
Kau kata kau malu.
Malu boleh tanggung hidup?

-komplikasi-

Kau sayang orang. Tapi satu hari orang tuh hilang.
Entah sesat mana, tak pulang2.
Kau pandang kelip2; orang tuh hilang.
Kau pujuk hati kau cakap jangan bayangkan.
Biar orang tuh hilang.
Lama2 kau lupakan apa yang kau sukakan. Yang kau sayangkan.

Kau malu pandang orang.
Kau cakapkan kau tak sesuai untuk orang.
Orang datang - sound tegak ; kau pon tak sesuai untuk orang.
Tapi kau ada keistimewaan.
Kau hanya pandang, orang pasti datang.

Cinta dengan manusia indah.
Kau datang dunia seorang diri. Kosong.
Kau tinggalkan dunia. Penuh.
Bawa kasih syg orang yang kau tinggalkan kat dunia.
Walau hanya seorang yang syg kau.
Tapi kau tetap pulang ; penuh.

Gadaikan diri untuk cinta, bodoh.
Bunuhkan diri untuk cinta, hilang pedoman.
Buat anak dari cinta, indah ;
tapi biarlah HALAL.

Allah itu Maha Adil.
Kau kerjakan sesuatu, kau dapat apa yang setimpal.
Kau teruskan doa, insyaAllah ada bahagian yang sesuai.
Kau jangan melatah, melatah tuh mainan syaitan.

Sudahnya, kau lagi bahagia.

Komplikasi layan kan si kecil hentak laptop aku. ;)



With love,
F

4 comments:

h.a.n said...

hahhaha..merepek !!

Cik Akma said...

complicated but it's soo true :)

f.a.r.a.h said...

han : eh babe. betul laaa. x caye lak kamu

f.a.r.a.h said...

cik akma : yeah babe. i know betul. hahaha. (perasan mode)