Mulut jahat

Minggu nih da start da mid-term break. So, sy dengan gigihnya balik Melaka dengan Lea & Yot hari nih. Dan semestinya kereta sy, ditinggalkan kat Subang. Takde keje sy nak tunjuk kaya dengan sorang2 bawak kereta balik ke tempat yang sama a.k.a Masjid Tanah.


Dalam kereta sy dengan Lea bantai tidur. Yot drive sorang2. Hehe. Da masuk Plaza Tol Pedas die duk kejut sy suh bangun tidur. Haih, potong btul. Pantang nampak sy nak tidur sket dalam kete. Dia berhenti tepi sebab cakap nak kencing kata nya. Die suh sy kunci pintu. Da dalam die cakap sy tengah pisat2 lagi kan, tak mungkin la sy kunci pintu kete tuh. Takpe. Sy da fikir da. If ade orang nak curik kete, die mesti rogol Lea yang duduk kat seat sebelah driver dulu. Haha. ;)

Sebelum Yot anta sy balik rumah, kiteorang drop kan Lea kat rumah die dulu. Ade lah dalam 10 minit je dari rumah sy. Tak mencabar langsung kan kiteorang? Geram btul pergi rumah Lea. Banyak gile budak2 kecil yang comel2. Mak Lea jaga baby kakak and cousin dia. So, memang riuh la rumah tuh. Isk, rasa macam nak tepuk2 je pipi sorang2. Huhu. Da la banyak cakap, comel! Teringat la pulak kat Queen yang tengah kena demam campak tuh. Asek tergaru2 badan die. Tangan da la kecik. Lagi nak garu2. Isk, geram btol. Time nih gak la nak touching teringat Danish. Mak sy bukan maen excited lagi nak honeymoon gi Sarawak ngan Ayah sy this March. Jangan aku dapat adik seperi yang budak2 nih nightmare kan aku suda la.

Gaya nih memang nampak sangat takde macam orang kena campak kan? Tak tau la ikut sape perangai die nih.

Masa sy kecik2, rasa nya takde plak Ayah sy nak beli kan benda nih. Untung betul dieorang sekarang. Huh!

Anyway, sampai2 kat rumah, Mak ngan Ayah tengah dating2 lak kat meja makan tuh. Eh, mula2 nak pelik gak kenapa Mak sy tak pegi keje. Terlupa lak Mak sy konon2 MC arinih.

Haruslah sesi dating2 tuh tergendala kan bila sy ada. Ayah sy terus naik atas bila sy masuk rumah. Apekah? Tak rindu ke kat anak yang comel molek nih? Korang dipersilakan buat muka.

Lepas Yot balik sume, sy dengan Mak buat aktiviti biasa la kan. Gosip2. Kutuk2 orang mane yang patut. Mak sy tak la kutuk. Beliau bukak topik je. Sy nih yang da memang kaki menyampah kat nama2 yang disebutkan, terus laju jahat je mulut nih ngate orang tuh. Tak ingat dosa agaknya aku nih. Huhu.

Sekali tah macamane tah, dalam sibuk2 borak tuh, sy rasa ade benda macam ngalir deras je dari bibir sy. Masa tuh Mak sy tengah sibuk tengok handset nak call Kak Long tanya pasal Queen. Sy tunduk bawah, tengok2 baju sy da penuh dengan darah. Da confuseda waktu tuh. Elok je Mak sy pandang kat muka sy balik, Mak sy jerit.

Mak : EH!!! Banyak nya darah tuuuuh!
Me : Jap. Bibir adik berdarah ke Mak? Time nih still cool je lagi. Macam tak cemas sangat.
Mak : Iye la! Yang ko duduk situ lagi buat ape! Amek ais! Banyak darah tuh.

Sy tengok tangan sy, darah keluar macam dengan deras nya. Cemas habis. Pelik jugak waktu tuh. T-shirt sy waktu tuh da memang banyak darah da. Sy pegi amek tisu nak stop kan darah, tisu tuh yang basah balik. Terus lari pergi toilet konon2 nak basuh. Still darah tuh tak stop. Dalam otak da terfikir da teruk sangat da dosa sy kutuk orang tadi. Hehe.

Mak sy datang dengan bawak ais satu cawan. Mau kebas bibir sy waktu letak ais tuh. Still darah tuh amek masa yang lama gak nak stop. Adelah dalam 15-20 minit sy berdiri depan sink toilet tuh nak tunggu darah tuh stop bila kena ngan ais tuh. Bila da macam agak surut tuh, sy tengok2 ade cut yang agak dalam kat bibir sy. Tah bila masa tah sy toreh bibir sy, sy pon tak sure. Yang pasti, d whole situation tak sakit sikit pon. Tuh yang tambah musykil kat hati naluri sy nih.

Bila recall2 balik, dalam keadaan cemas tuh sy ingat lagi Ayah sy hanya bagi direction dari jauh je. Mak sy yang settle kan sy.

Me : Eleh, muka ganas tapi kalau takut darah tak cool gak Ayah. Hahahahaha!
Ayah : Bila la pulak aku takut darah. Aku banyak lagi keje nak buat selain layan ko.
Me : Eleeeeeeeeeehh.
Ayah : Berlalu naik ke atas. ;))

See? Ayah sy bertindak ego petang tadi.
Anyway, Mak sy cakap Ayah sy bukanlah orang yang terbaik nak handle darah2 nih.
Even da tau since sy kecik2 lagi, still sy selalu takutkan Ayah sy dengan darah2.

Sy rasa sy pernah mencederakan tangan sy waktu kecik2. Orang yang sy cari waktu tuh adalah Ayah sy. Walaupun sy tau tindakan tuh bukanlah satu tindakan yang terbaik, sy suka bagi beliau terseksa dengan gaya begitu kot. Hahahaha!

Sampai malam nih sy terfikir sy nih mulut jahat sangat ke. Memang macam magic la petang tadi. Pengaruh movie Percy Jackson masih menular dalam diri sy. Haha.

By the way, if ade sape2 nak tengok Percy Jackson tuh, pergi la tengok. Cerita tuh takde la tak best kan. Not bad la. But, jangan la 'compare'kan dengan Harry Porter or Narnia or whatsoever. Macam yang aku buat. Hehe. Korang tak tau betapa terseksa sy tengok cerita tuh malam tadi. Banyak plak scene binatang yang sy takleh tengok tuh. End up tutup muka dengan bantal. Orang kiri & kanan sy semua takleh pakai. Bukan maen syok lagi tengok cerita tuh tanpa mengendah kan sy yang nerves and fobia nih. Haih.

Isk, dekat 6 jam sy surf internet hari nih. Lepas gian la kan. Rumah sewa baru takde internet. Haha. ;)

Esok macam teringin nak buat kek. Da lama rasanya tak buat kek. Yummy! ;)

Tadi, bila masuk2 rumah, benda 1st sy tanya :

Me : Mak masak ape arinih? Tuh je yang terlintas rakan2. Harap maklum.
Mak : Takde2. Ko cuti, ko yang masak kan untuk Mak.
Me : Laa, adik balik rumah sebab nak Mak nya masakan. Sebab tuh berguna duduk rumah. Hehehe.

Tapi, memang betul tau. Bila sy balik rumah Melaka, sy macam terus automatik tak boleh masak. Sebabnya da gian nak makan masakan Mak sy. Yelah. Almost hari2 muka sy nih yang kena masak kat rumah Shah Alam. Boring sungguh makan masakan sy. So, balik rumah nak la makan something yang extravaganza kan. Hehe.

Anyway, we had carbonara for our lunch today. Tuh je benda senang sy nak masak memandangkan sy memang dalam mode nak bercuti. ;)

Oh ya! Sy lupa lak. Sy nak minta maaf la kalau2 entry yang sebelum nih macam sedih2 or emosi sikit. Banyak sangat benda yang sy bru perasan, which happen jadikan sy sedih & marah. So, sorry la ye.

Cuti oh cuti.
Feels like heaven.
Have a nice weekend rakan2. ;)

:)

With love,
F

You Might Also Like

12 COMMENTS