The Good Old Days

Fine. Entry bawah tuh emo tahap gaban. Da lama gua tak keluar ayat carutan nih. There. Keluar jugak akhirnya.

Hari nih entah kenapa tah sy mood touching ingat zaman kat skolah dulu. God. Zaman tuh paling best kot. Takde nye problem2 macam sekarang nih. Enjoy je manjang. Tak perlu nak susah design bangunan. Tak perlu susah2 nak fikir duit nak makan cukup ke tak. Masa tuh ada dewan makan kan? Haih. Enjoy habis la.

Masa sekolah sy di kategori kan HITAM. Hahaha. ;) Sumpah sy tak tipu nih. Kulit nih da macam arang da. Cikgu Hashim a.k.a Cikgu Sejarah sekolah sy merangkap warden asrama sy panggil sy nih 'Dayang Senandung'. Nasib gua jenis keras je tak kesah orang nak panggil apa. Haha.

Kat sekolah dulu sy aktif la jugak dalam kokurikulum sy. Sy main untuk Mozac Band dari form 1 sampai form 5. If ada marching band, lagi la sy nih berjemur tengah panas tuh. Masa Form 1 sampai Form 3 sy Tenor Saxophone nye section. Da masuk Form 4, sy tukar lak percussion. Main sembarangan. Haha.

Yang menyumbangkan lagi kepada kehitaman kulit sy adalah sy main netball dari Form 1. Hey, ko jangan ingat aku pendek aku tak main netball tau. Ni pendek2 lincah nih. Haha. Sy main position Center (C). Tuh je la yang sesuai untuk sy kan. School representative tau. Captain netball masuk Form 5. Hehe. Lepas tuh, sy main hoki jugak. Ha, yang nih sampai State Level. Save ur words la. Sy tau korang nak cakap sy hebat. Lagi la sy nih jadi hitam legam asek spend masa atas padang tengah2 panas terik tuh.

Mesti korang nampak budak sengal yang sengih tuh kan?

Sy ada kawan baik since zaman sekolah menengah sy yang Alhamdulillah kekal sampai hari nih. Cikgu2 panggil nama untuk geng kiteorang. Da macam kumpulan jahat da. Tak nak la sy mention kat sini. Nanti ada golongan2 yang membaca and membahan sy selamanya. So, taknak la sy kan.

Bila teringat zaman sekolah dulu, macam haram je lawak nya. Since sy Form 3, boleh kira 4,5 kali la parents sy kena datang sekolah sebab sy buat perngai. Every year da tentu wajib. Tuh belum termasuk selingan Mak & Ayah sy kena telefon untuk datang sekolah. Hehe. Sy syak sy difitnah oleh para pengawas yang kaki mengampu cikgu tuh. Korang rasa tak macam sy? Sy pon pelik kenapa waktu zaman sekolah pengawas nih sangat gigih nak cari kesalahan sy. Sy sembahyang dalam dorm pon nak kecoh2. Sy sembahyang kat mana pon dijadikan hal. Sembayang kot. Haih. Da la yang kecoh tuh budak Form 3. Huh, memang kena telur la blazer pengawas ko. Hehe.

Zaman sekolah sy, sy pakai tudung memang yang paling buruk la. Tak sangka aku nih da pandai pakai tudung. Bila tengok cara sy pakai tudung dari zaman sekolah sampai sekarang memang amazing la. Dulu, pakai tudung tuh asal boleh je. Da keluar dari kawasan asrama pon, sy boleh pakai tudung on the way ke kelas. Sebab selalu lambat. Sy rasa perangai nih continue sampai la sy sekarang nih. Dalam kete baru nak pakai tudung. Selalu kalau keluar ngan Kamal la jadi macam nih. Sebab mamat tuh punctual sket. So, sy malas nak lambat2 bila keluar dengan dia, dalam kete la tempat sy pakai tudung. Nasib la gua nih senang nak pakai tudung. Dapat certain orang yang takleh hidup tanpa cermin tuh naya la ko. Haha.

Align LeftExclusive gua letak kat blog nih. Haha.

Sy suka mandi kolam tempat membasuh baju kat sekolah sy. Basically, kolam tuh tempat beruk mandi. Haha. So, before kiteorang mandi kat kolam tuh, kiteorang akan buang air kolam tuh untuk kegunaan kiteorang. Again, sapa yang mandi kolam kena dimerit. Tah ape2 tah sekolah sy tuh. Asek nak dimerit orang je. So, bila2 masa kiteorang nak mandi waktu malam, da macam pencuri tak dapat air sebulan. Senyap2 and tahan gelak. It was fun though. I enjoyed that moment.

Ini masa SPM. Pengawas geram je tengok kiteorang happy. Haha.

Malam2 kiteorang akan main signal dengan budak lelaki. Bila dieorang nak fly, kiteorang dapat alert la. So, boleh la dapat roti canai for that night. If pagi2 pergi kelas and jumpa roti canai bertabur di merata2 tempat, da tau la ada orang yang kantoi dengan Cikgu Mail a.k.a Ketua Warden yang scary. Kadang2, kalau lapar malam2, sy sorok2 panggil abg dewan makan kat sebelah, suh buatkan nasi goreng. The result, sy bagi la dieorang goda2 kawan2 sy yang lain. Hehe. :)

Zaman sekolah sy seorang tomboy. Memang pernah sekali gua terajang belakang Arifuddin sebab mulut die macam ape tah. Dia nak terajang balik? Memang tak dpat la kan. Mane leh lelaki terajang perempuan. Time tuh sy da bajet da. Kalau die terajang sy balik, sy memang tendang je bahagian sulit die. Tuh yang sy belajar dari kawan2 lelaki sy untuk protect diri. Hehe.

Rambut nih start panjang ada la zaman2 lepas sekolah. Kalau tak, asek pendek je. Nak pakai kasut perempuan pon sy geli. Sekarang nih, kasut? I like! Haha. Maybe environment sy dari kecik memang kawan dengan lelaki kot. Sampai la masuk MOZAC, kawan2 sy bergaduh and lepak, lelaki je. Except la bestfriends sy kan.

To be continue.....

You Might Also Like

2 COMMENTS