The Good Old Days : 2

Masa zaman sekolah sy duduk Rumah Syahbandar. Kaler hijau. Tak menarik betul kaler rumah sukan sy. Masuk pengetua baru, Majlis Exco Pelajar dibubarkan. Ganti Dengan Majlis Rumah Sukan. Sy termasuk gak la kat dalam exco Majlis Rumah Sukan tuh. Gile x best kan nama nya? Sy tau. Korang tak payah cakap. Sy da tau da apa yang terselirat dalam fikiran korang. Nama pon rumah sukan kaler hijau kan. Asal hari sukan je, letak daun2 untuk hiasan. Adoi. Memang mati idea la ahli rumah sukan sy. Sy tak creative lak time tuh. Kalau sy tau, sy cadangkan buat idea konsep Petronas. Mesti Yot banggan dengan sy. Hehe.


Mummy dorm jawatan sy masa kat asrama Mummy dorm nih da macam Ketua Dorm la. Satu dorm kiteorang ada lah dalam 20 org. First time sy memikul tanggung jawab Mummy dorm nih waktu sy Form 4. Dorm sy siap menang Naib Juara Dorm Tercantik + Terbersih masa Asrama Terbuka. Semua tuh berlaku masa pucuk pimpinan sy. Rasa tak sy creative? Haha. Masa sy Form 5, budak2 Form 5 dorm sy ada la dalam 4 orang. Tapi, tak tau la kenapa budak2 Form 1 nih bagi sy perhatian kat sy. Mesti budak2 Form 1 tuh kalau baca dieorang sumpah aku. Hahahaha. Siap ironkan baju sy and kemaskan katil sy bila sy lambat. Sy tak suruh ye! Betul nih! Percaye lah!

Sekolah sy ada satu sistem yang pelik sikit. Setiap hari Isnin sampai Jumaat, ada prep dari pukul 6.45 pagi sampai 7.30 pagi. Da nama pon prep kelas kan, mesti la cikgu2 tuh expect kiteorang belajar. Tapi, sy rasa most of the time, sy gunakan untuk tidur je. Sekolah sampai pukul 3.45 petang. Prep kelas petang sampai pukul 4.30 petang. Pastuh konon2 dieorang nak suruh kiteorang beriadah. Huh, memang tak dapat la sume budak2 tuh nak riadah. Heboh tidur je kat asrama kan. Hehe.


Budak2 perempuan sekolah sy kalau nak pergi prep macam nak pergi jamuan hari raya. Sorang2 dengan high heels nye. Tudung memang cantik2 sumeorang. Especially hari Khamis sebab prep kelas 1 jam. Hehe. Mungkin sebab tuh sy dilatihkan cantik macam sekarang kot. Hahaha.

Masa bulan puasa, sy dan bestfriends sy sume nya kaki escape sembahyang terawih. Confirm2 je sy period kan untuk sebulan. Tapi sy puasa tau! Jangan ingat sy tak puasa lak. Untuk memenuhi masa waktu zaman puasa tuh, budak2 nih ajak main kad. Huish. Teruk betul kiteorang kan? Tapi takpe. After budak2 nih sembahyang terawih, kiteorang mengaji sebelum tidur. Hehe. Balance kan dunia dengan akhirat. ;p



Kiteorang dapat pengetua baru masa sy Form 4. Hari first pengetua tuh masuk sekolah sy, sy da kena panggil kat Bilik Pengetua. Siot betul pengawas yang mengadu perilaku sy tuh. Tak pasal2 je sy da kena sound dengan pengetua tuh. Tapi after kiteorang Form 5, pengetua tuh da kena tukar kat sekolah lain. Nih sume gara2 kes besar kat sekolah sy waktu zaman tuh. Takpela. Sy malas nak bother hal orang. ;)

Sy geram betul dengan institusi beruk kat skolah sy. Bukan maen hebat lagi die bukak loker2 kiteorang. Sy kadang2 tergamam dengan kehebatan die. Mak sy punya la belikan sy Famous Amos. Beruk durjana tuh boleh plaj bukak loker besi sy amek biskut tuh. Sy ingat lagi peristiwa tuh. Yang pelik nya, biskut kering dalam loker tuh xnak lak die amek kan? Cheis. Selain beruk bijak kat Langkawi yang curik wallet Yot tuh, beruk paling bijak adalah beruk Mozac kot. Hehe.

Isk, banyak lak cite pasal sekolah sy. Lain kali je la sy cerita kan.

Anyway, malam tadi sy teringin makan kat Old Town. Sy pon pergi la dengan kakak sy. Tah ape angin die baek sangat, nak belanja sy barang2 kat mana2 je sy nak. Haish.

Mula2 bajet masuk Esprit cari wallet yang suke, tapi takde lak. Da abes kot. Masuk MNG, jumpa satu beg yang cantik. Geram je sy nak rembat. Da la kaler brown. Smart gile. Last2 sy amek la satu kemeja kat situ. Kata pon orang bayar kan? Amek je la tanpa tengok harga. Haha. Silap percaturan lak malam nih. Kemeja tuh ada sale. Cheis. Baru nak ketuk.

Sy yang baru. Lagi gorgeous. Haha. ;)

Have a nice day everybody!

With love,
F

You Might Also Like

11 COMMENTS