Ibu ibu, bapak bapak. Perhatian---

Sy tengah2 buat blog-walking tadi, sy terbaca post encik Avid pasal keibu-bapaan.
And sy pon tibe2 berminat nak mengulas pasal entry tuh.

Well, sy setuju jugak la dengan apa yang dia cakap kan dalam entry tuh. Mostly, semua relevan la dengan isu semasa zaman sekarang.

Sy terdetik la nak share cerita bila baca yang part ibu bapa pukul anak2 depan orang ramai.

*diam*

Sepanjang sy dibesarkan oleh Mak dan Ayah sy, sy rasa Ayah sy adalah orang yang paling garang sekali dalam alam semesta. Pernah jugak sesekali dua dalam zaman kecik2 sy, sy claimed ayah sy tuh seorang yang kejam pukul sy. Tapi, bila fikir2 balik, tak pernah la pulak Ayah sy hentam or balun sy nih depan orang ramai. Huhu.

Kalau sy buat perangai dengan melalak2 untuk dapatkan something masa kecik2, memang Ayah sy akan rasa irritating abis. Sy pulak masa tuh sungguh jahiliah. Bajet menangis tengah2 orang ramai tuh, dapat la simpati kan? Bila Ayah sy tarik tangan sy dengan lembutnya, sy pon perlahan-lahan stop menangis. Sampai2 je dalam kereta, amek ko! Kena pukul sedas dua. Agak terkejut la kan untuk seorang kanak2 yang tengah bajet dia akan dapat kan mainan yang die nak, end up kena balun dengan hebat.

Itu Ayah sy. Tak pernah lagi sy kena pukul di tengah2 khalayak ramai. Mungkin kesalahan sy belum cukup untuk insafkan anak2 kecil kat luar sana.

;)

Tapi, sy sendiri pernah la tengok depan mata kepala sy sendiri, parents yang sy rasa tak patut pon nak cakap things yang tak patut kat anak dia. Maybe that's the way she/he brings up her kids la kan. Sy tak tahu la pasal tuh.

Masa tuh sy pergi Jusco Ayer Keroh dengan Ayah sy. Biasa la. Aktiviti dating2 berdua dengan Ayah sy nih, selalu je mengundang kejelesan di hati Mak sy. Sebagai habuan tak boleh ikut, kiteorang belikan grapes. Settle keje. Haha!

Eh, sambung cite. ;)

Masa tuh, Ayah sy pergi sembahyang. Biasa la kan JJ. Masa nak bukak2 sekolah, mesti la ada buat promotion untuk barang2 sekolah. Sy lak tengah lepak2 depan Body Shop tuh. So, datang la this aunty ngan her 3 sons. Ayah nya tak nampak pulak. Masa tuh, sy nak pergi buang sampah. Kebetulan tong sampah tuh memang hampir je la dengan koordinat family tu.

Tengah2 nak buang sampah, si anak nih merengek2 la nak baju sekolah (jenama X). Sy sure habis la baju sekolah tuh yang paling kualiti konon2 nya. Mahal pon mahal jugak. Walaupun sy takde adik, tapi sy takde la naive tak tau pasal jenama baju sekolah kan. ;)

Bila si anak da merengek2 mahu kan baju sekolah (jenama X), si ibu pun keluarkan la ayat, :

"Beli baju mahal2, keputusan ko tak pernah bagus pun" dengan nada yang tegas.

Sy toleh. Si ibu tak perasan kot dia tercakap kuat. Sy pun blaa dari tempat kejadian. Dalam hati, sy da start confuse.

Mungkin salah si anak banyak main2 dalam kehidupan persekolahan dia. Tapi, bagi sy, bila si ibu cakap macam tuh lebih buatkan anak nya lebih down. Mungkin dalam situasi yang sebenar, si ibu terpaksa melayan perangai anak2 yang malas belajar yet so demand. Itu sy tak pasti la kan. But, what if keadaan yang sebaliknya?

Sy membesar dalam keadaan yang sungguh biasa dan stabil. Alhamdulillah sy ada kelebihan berada dalam family macam nih. :)

Zaman persekolahan sy, terutamanya di sekolah menengah, sy rasa sy sangat beruntung. Saat kawan2 lain kena bambu dengan parents dia result dia teruk, Ayah sy relax je cakap usaha lagi. Belajar rajin2. Masuk universiti, saat sy menangis result sy agak teruk, Mak sy relax je cakap try lagi next semester. Take it as a lesson.

Sy diam.

Situasi parents bambu anak2 tak semena-mena di khalayak ramai memang la sy tak berkenan langsung. Boleh je kan buat taktik macam Ayah sy, pukul anak tuh dalam kereta, pastuh sambung shopping. Haha. Dapat anak yang adorable and memahami macam sy, sumpah senyap je la sepanjang masa lepas tuh.

Hehehe. ;)

Kadang2 situasi ibu bapa tegas tak kena tempat nih la yang buatkan anak2 banyak rebel. Pastuh, lari dari rumah bagai. Depan mak bapak, elok cantik je pakai tudung. Belakang mak bapak, 'main' sana sini dengan lelaki. Bila da termengandung, mula nak meraung. Kalau yang lelaki nya, depan mak bapak elok je sembahyang. Bila belakang mak bapak, tunggang arak macam minum air Coke je.

Apa yang sy cakap kan, berdasarkan dari apa yang jadi and sy dengar di sekeliling sy.

*deep sigh*

Sy pon bukan la baik mane. Selalu jugak berpeleseran sana sini. Ayat aku ke tuh? Ahahaha! Tak nampak pun sinar2 kebaikan dalam diri sy nih. One thing for sure, sy hope sy takde la act beyond yang sy buat sekarang nih. Tipu kalau sy cakap sy tak teringin nak enjoy2 lebih2 tuh sume. Syaitan tuh kadang2 elok je nyanyi2 kat telinga sy. Tapi, bila teringatkan apa yang parents sy hope and trust kan kat sy, sy da rasa macam down je nak buat lebih2. Huhu. Bila ingat dunia nih macam nak kiamat je, lagi la takut. Rasa macam nak lari masuk bawah selimut je. Hehe. ;)

Well, sy bukan la nak salahkan parents yang didik anak mereka macam tuh. Maybe bagi mereka cara tuh berkesan. Mungkin sy buat ayat yang nampak macam nak blame, tapi sy nih sape la nak blame kan orang lain didik anak mereka kan. Masing2 punya cara la.

Even kak long pon sy complain gak sebab asek kurung Queen dalam rumah je tak bawak jalan2. Bila pergi shopping once in a while, da macam jakun je tengok ramai orang. Haha. ;)

Ha, nih Queen da merangkak2 panjat belakang sy. Nanti la sy sambung lagi.

Toodles.

With love,
F

You Might Also Like

6 COMMENTS