The world

Hari nih bila sy baru bangun tidur, sy terus pergi dapur untuk baca paper. Mengejutkan bila sy ambil front page Mingguan tuh and nampak berita yang 10 maut bas accident tuh.

That article really shocked me. 10 maut? Biar betul. Another tragedi bus ekspress yang sungguh menakutkan.

Sy ikut cerita tuh. Baca from page 1 lagi. And tambah mengejutkan sy lagi, pemandu tuh mengaku dia terlelap dan mengantuk. Haih. Sy tak tahu nak cakap apa bila baca ulasan tuh. *diam sekejap*

Bila go thru that newspaper lagi banyak berita pasal tragedi bus ekspress tuh. And tanpa sedar, sy yang cengeng nih telah mengalir kan air mata bila baca tentang adik beradik perempuan, Sharifah Raheel dan Sharifah Hasanah yang terlibat dalam nahas bus ekspress tuh. Belum lagi sy baca yang saudara Sukhairy Shaharin kehilangan kedua-dua ibu bapanya serentak. Betul2 buat sy terdiam and rasa sedih yang amat waktu tuh.

Kalau sesiapa yang tak tahu lagi pasal accident nih, semalam, 26 Disember 2009, bas Sani Ekspress terlibat dalam satu kemalangan maut di KM 272.8, Ipoh, Perak. Bus nih bergerak dari Klang ke Kangar dan dipercayai da merempuh divider di sebelah kiri sebelum melantun ke divider sebelah kanan. And tragedi bus ekspress nih jugak da meragut 10 nyawa dalam sekelip mata.

Rasa macam da makin akhir zaman bila banyak berlaku kematian yang mendadak nih?

Sy meletakkan diri sy sebagai anak yang hilang kedua-dua ibu bapanya secara tiba2. Kalau sy di tempat adik beradik saudara Sukhairy tuh, belum tentu sy nih betul2 kuat nak terima kenyataan. Bayangkan la if kita baru je bergurau dengan Mak kita sebelum berangkat, few hours lepas tuh, kita dapat phone call yang cakap both parents kita da takde. *diam lagi*

Sy belum bersedia kalau itu adalah sy.

Bagi sy, amalan yang sy nak bawak ke akhirat pon belum cukup lagi nak menyakinkan sy nak menghadap Allah. So, bila sy baca pasal tragedi nahas bus ekspress nih betul2 buatkan sy fikir apa yang sy nak bawak bila menghadap Allah kalau nyawa sy ditarik tiba2. Cukup ke jasa ibu bapa sy untuk dibalas sekarang nih? Da puas ke sy mintak maaf kat semua orang dengan apa yang sy buat selama nih? Habis ke hutang2 zahir dan batin antara sy dengan rakan2 dalam apa yang sy buat selama nih? Sy terdiam lagi. Sy yang cengeng, mengalirkan air mata lagi. :)

Sy bersyukur dengan apa yang sy ada sekarang. Sy mohon doa dengan Allah semoga umur ibubapa sy panjang dan sempat sy beri kebahagiaan sebagaimana mereka bagi kebahagiaan kepada sy. Yang tak terhingga. Sy mohon hubungan sy dengan adik beradik dan rakan2 sy sentiasa baik dan bahagia agar kalau la sy pergi secara tiba2 macam tuh, sy tak rasa sy ada sakit kan hati rakan2 ataupun adik beradik sy. Biar la sy pergi aman dan tenang.

Tragedi nih betul2 buat sy takut dengan mati.

Ini entry dalam mode serius. Jangan terkejut lak?
Hehe. ;)

With love,
farah

You Might Also Like

20 COMMENTS