Sy bersyukur ;)

Sempena nak masuk 2010 nih, sy nak jadi serious sket. Hehehe.
Sy tengok ada je orang buat entry kesyukuran and apa jadi sepanjang 2009.
So,
Sy pon sibuk2 nak buat entry kesyukuran. ;)
Kalau sy tagged diri sy kat mana2 blog yang ada entry pasal kesyukuran nih, boleh kan?

Sy bersyukur kerana :

- i was born as a Muslim. Nikmat sykur nih.

- i was born as a perfectly healthy baby and alhamdulillah tiada cacat cela. Oh, rabun : yes!

- dikurniakan Ayah yang digelar superhero dalam keluarga sy. ;)

- mempunyai Mak yang sungguh baaaaaaaaaik dan lovely dalam dunia.

- adik beradik sy adalah kakak2 dan abang kandung sy. Mereka sungguh mengegarkan dunia sy. Mereka sangat best! Mereka rakan2 bergaduh sy. ;)

- mempunyai keluarga yang rapat dan besar. Oh, sy juga bersyukur kerana mempunyai Big Mama yang sama2 besarkan sy dan Nabilah yang ceriakan hidup sy.

- dikurniakan Sharifah Queen Qasrina dan Muhammad Hafiy Danish untuk ceriakan suasana.

- sy punya kawan2 baik seperti yang sy ada sekarang. Tak kira la dari sekolah ataupun dari Matrix mahupun kawan2 dari UiTM. Alhamdulillah, semua perangai menyenangkan sy buat masa nih. ;p

- dikurniakan Hawanis dan kawan2 baik dari sekolah yang selalu memahami taktik sy luar dan dalam. Sy selalu rasa asek kantoi je. Damn.

- sy kenal Kamal Zahiddin. Pengakuan terbuka nih : dulu mamat nih la orang yang paling sy menyampah sekali dalam batch sy. Apekah? Hahaha.

- mempunyai housemates yang best. ;) Tapi owner rumah yang macam ape tah sengal nye. Haih.

- sy punya kesempatan untuk menghirup udara di Bumi Allah nih lagi. (Serious mode pulak. Hehe.)

- ahli keluarga sy tak terlibat dalam kemalangan kat Ipoh tuh. Syukur sangat nih!

- sy tak allergic dengan seafood. Rasa nikmat makan macam takde je kalau allergic seafood. Hehe.

- sy selamat daripada kemalangan jalan raya 3 tahun lalu.

- sy dikurniakan akal untuk berfikir dan otak yang cerdas. Sy je yang malas nak gunakannya. ;)

- sy tak terlibat dengan dadah/rokok.

- sy masih mempunyai keberanian nak berhadapan dengan macam2 manusia kat dunia nih.

- sy buat Civil Engineering kat UiTM. Kalau x, sy mesti da kena pulun habis-habisan belajar bio sampai sekarang.

- sy pernah dapat Math highest dalam kelas Cik Ainon. Haha. Klasmates sy dibenarkan menyampah dengan statement nih.

- sy ada peluang untuk melihat dunia luar dengan lebih luas.

- sy dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana tapi bahagia. ;)

- sy suka makan.

- sy suka baca buku.

- sy suka shopping dan punya banyak baju dan jeans. Hehe.

- sy berpeluang pergi ke kelas menaiki kereta di kala orang lain beratur nak naik bus. Haih. Syukur Alhamdulillah.

- dikurniakan peluang untuk belajar lagi. InsyaAllah sambung Master jugak nnt.

- sy tolak tawaran untuk belajar kat overseas yang sy dapat tahun ni. Kalau tak, macamane sy nak tengok Queen membesar kan? Ayat sedapkan hati. Haha.

- sy diberikan peluang untuk menangis few months ago. Sy dah belajar banyak dari kesilapan yang dulu. ;)

- sy gemok. Haha. Another sedap kan hati punya statement. ;)

- facebook da mula tunjukkan sy side2 bosan menggunakannya. Duhhh~


- Mak sy suka sangat masak apa2 sy nak bila sy balik rumah. Hehe.


- sy mempunyai Ayah yang boleh bertukar pendapat dan duit. Hahaha!


- sy pass dalam paper design arituh. Phew!


- tak perlu repeat untuk mana2 paper buat masa sekarang. Alhamdulillah.


- berpeluang untuk mengenali ramai orang daripada blog nih. Gua bagi ayat standard. Haha.


- sy pon terpengaruh dan berkecimpung dalam arena blog nih. Haha. Kadang2 blog2 korang menceriakan hari sy. :) Awww! Ayat ku~ ;)

- adik beradik Hadzarami menceriakan blog sy selalu. ;) Myra, amek ko. Skali akak bagi ngn kak una. Hahaha!

- Mak sy belikan sy 1 tudung Ariani. Takde la sy jakun sangat tak tau tudung Ariani tuh ape. Haha.


- sy belum ada bf lagi. Sebab bila sy tengok bf kawan2 sy pukul dieorang, sy rasa baik takyah ada bf pon.


- berjaya men'variety'kan warna2 baju dalam wardrobe sy. Best2.


- punya hobi untuk membaca dan shopping. Rasa macam balance tak? ;p


- perfume sy tumpah arituh. Kalau tak, lambat lagi la sy nak beli perfume baru. Haha.


- ada rumah Nenek sy untuk kiteorang berlindung selama nih. Oh, best tau duduk rumah kayu. Sejuk!


- punya laptop baru a.k.a Johnny Depp selepas laptop Compaq sy hancur entah kenapa. Sedih betul.


- Kakak sy a.k.a El-Diablo ada perancangan nak bagi DSLR untuk birthday sy next year. Bagus mok! Keep it up! Muahahahaha. ;)


- sy suka dan sangat teruja dengan hidup sy sekarang. Tak perlu susah fikir. Let's make it simple je kan. :)


- sy ada kesempatan nak buat entry bersyukur nih. Hidup lagi sy nih. Alhamdulillah. Hehe. ;)




Bila sy buat entry nih, sy dapat rasa banyak sangat nikmat yang Allah bagi kat sy selama nih. Rasa kecil je dengan Allah sekarang. ;)

So, apa kata korang pon fikir2 balik and tulis apa yang korang bersyukur dengan apa yang korang ada buat masa nih. :)

Have a nice day!

With love,
farah

You Might Also Like

8 COMMENTS