Kahwin

Ok. Nampak tak tajuk tuh? Bukan bermakna sy masih muda dan remaja sy takleh bincangkan topik tuh ok? Hehe.
Ke....nampak sangat sy gatal nak kahwin?
Hahaha!

Pagi tadi, Mak & kakak bawak Queen pergi hospital. So, untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk yang amat (sy tak tidur for the whole night malam tuh. Huhu) sy pon pergila baca buku kat serambi rumah sy. Korang tau x serambi tuh ape? Hehe. Pergi bukak Kamus Dewan.

Ok2. Masa tuh Ayah sy memang da lama mastautin kat situ. Yelah. Musim2 tengah tanda exam papers, kat situ la Ayah sy nak bertapa untuk cari ketenangan. Kalau marks exam paper tuh kat depan TV, alamatnya tertekan la jiwa Ayah sy. Nak2 adanya sy yang akan terbaring manja kat depan TV. Haha. Cm haram. Tgh2 sy syok dengar iPod and baca buku, tibe2 ada pen dibaling kat muka sy. Sy terus bentak ah! Huh! Jiwa remaja memberontak. ;p

Me : Uik, ape pen nih Yah? Suka ati je nak baling kat org.
Ayah : Aku panggil2 ko bukan nak dengar.
Me : Lorh. Da sah2 la tengah dengar lagu. Nape nye?
Ayah : Pergi amek cawan nih bawak gi dapur.
Me : Tuh je!!! Laaaa! Sambil gerak pantas. Kang ade lak Ayah aku baling meja kat aku. Haha.

After pergi dapur, sy sambung aktiviti membaca sy. Walaupun x la bertauliah sangat, tapi sy terus baca nak kumpulkan aura ngantuk. Da bajet da dalam lagi 20minit sy masuk bilik tidur balik. Even jam baru pukul 10.30pagi. Haha.

Me : Ayah, adik nak kahwin la. Penat nak belajar.
Ayah : Bagi aku RM100 000 dulu baru ko gi kahwin. Nih sume investment tau aku buat kat ko nih.
Me : Huh, nih da kire mengungkit. Ayah bile nak kahwin lagi?

*Di kala tuh sy da terbayang kan Mak sy curah kan air panas kat badan sy. Mesti Mak sy nyesal bela sy selama nih. Haha.*

Ayah : Ape bende ko kahwin lagi! Sambil senyum tersipu-sipu. Hahaha. Rekaan weh. Ayah sy tak senyum. Dalam hati tak tau la. Haha.

Sy bukan lah heran sangat nak kahwin. In fact, nak kahwin celah mane nya kalau bf pon takde. Tak kan la sy nak bertenggek kat Melaka Sentral tuh ajak mane2 mamat yang tengah melepak hisap rokok untuk kahwin. Lagi jatuh la saham macho sy kan? Kahwin tuh bukan benda main2. Macam la kahwin tuh refundable kan. Haha. ;p

Kawan2 MOZAC da ade 2orang da kahwin, Pijal & AJ. Pijal tuh da ade anak da pon. Huhu. Bile tengok dieorang kahwin tuh memang la best. Ade kepak-gebung (kompang) sume. Tapi, bile tengok komitmen towards the marriage sy da gigil da. Sy nih diri sendiri pon tak abes nak uruskan lagi. Nih kan pulak nak uruskan anak laki orang. Haha. Belum lagi ade baby bagai. Takut lak.

Naluri nak kahwin sangat melonjak2 bila waktu final exam. Haha. Memang akan naik 113% nye la. Serius fed up nak belajar time tuh. Haha. Nak kate bodoh x la pulak bodoh, nak kate pandai pon tak. Malas je lebih sy nih. So, bila final exam mula ar gelabah sume benda tak tau. End up asek ulang ayat kat rakan2 & housemates sy:

"Aku nak kahwin ar. Korang cari kan aku bf skarang."
Sambil muka da dihempuk ke atas buku oleh diri sendiri. Hehe. ;p

Mungkin waktu belajar nih bukan maen gatal la nak kahwin. Bila da keje nanti, mesti da tak pk rase best nye untuk kahwin sebab lagi fikirkan bape banyak duit lagi nak kumpul nak beli aset bagai. Nak kumpul duit lak untuk kahwin. Haha.

Kahwin tuh memang la 1 word je. Tapi, di sebalik word "Kahwin" tuh betul2 play the major role in your life. Hoi2. Status kahwin tuh pun da tunjukkan ko da ade komitmen yang hebat tau. Bukan main2. Bukan macam artis2 sekarang nih yang kahwin-cerai. Cam trend lak sy tengok. Huhu. Memang kalo sy main2 macam tuh, terus bapak sy pelempang jepun kasi kat sy. Haha. Bajet macam Britney Spears la tuh. ;p

Kalau korang rase korang da ready nak kahwin, jangan lupe jemput sy! Haha. Sy kan pemanis majlis korang. Puke now! Hehe. ;p

Ok2. Sy mahu tidur. Esok sy nak kemas bilik sy. Nak plan juga ape nak buat for this becoming Christmas holiday. Trip to Singapore telah dibatalkan. Any suggestion? Sy fikir duduk kat rumah sambil tengok TV. Macam best je idea tuh. Hehe.

*toodles*

With love,
farah

You Might Also Like

8 COMMENTS